Ramalan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011

on 25 Ogos 2011

Tarikh ramalan hari raya aidilfitri 2011 ialah pada 30 ogos 2011, hari selasa. Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada tarikh tersebut berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (keboleh nampakan).

Beliau bagaimanpun menjelaskan tarikh sebenar hari raya tertakluk kepada pengisytiharan penyimpan mohor besar majlis raja-raja.

 Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (keboleh nampakan).

“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam. Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan
dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Sumber : Enciknakal.com
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...