Sejauh mana eh keikhlasan lelaki dalam bercinta?

on 26 Ogos 2011

cache2.allpostersimages

























Sejauh mana keikhlasan lelaki dalam bercinta? - Soalan common dari pompuan. Biasanya soalan ni keluar bila  timbul rasa ragu-ragu terhadap bf sendiri.. Macam mana boleh timbul ragu-ragu tu?

Sebab pertama, lelaki buat taik.. Aku harap korang faham istilah buat taik tu. Bukan pergi berak lepas tu ambik taik tu then main tepek2 kat muka atau buat istana ok? Hehe.. Ok back to tajuk. Kalau macam tulah bf korang, aku sarankan tinggalkan je. Kumbang banyak lagi maa..

Kedua - Ada lelaki ni, tak buat taik pun.. Pompuan je yang risau sangat sampai tak percaya bf sendiri. Mungkin sebab ada pengalaman dipermainkan buatkan pompuan terlalu berjaga2 sehinggga beliau bertindak sedemikian. Tapi kalau iye pun takut pisang berbuah dua kali, janganlah sampai tak percaya langsung.. Last2 nanti bf korang tensyen, dia kelentong jugak korang.. Gentle aku cakap.

                                                                     ++++++++++

Habis macam mana kid.. I tak puas hatilah selagi tak tahu sejauh mana keikhlasan lelaki tu dalam bercinta..

Hurm ada 1 cara untuk detect sejauh mana keikhlasan lelaki ni dalam bercinta. Korang cuma perlu perhati tingkah laku diaorang. Yelah kalau sekadar tanya, semua boleh jawap "i ikhlas!" Kan? Senang-senang macam tu je.

Memandangkan aku pernah diberi jolokan lelaki super setia dan super ikhlas oleh makcik sebelah rumah dan dari pengalaman sendiri, aku nak bagi hint sama ada lelaki tu ikhlas atau tak bercinta dengan korang.  

Lelaki itu ikhlas bila :


1. Bila awek dia berleter dia cuma senyap membisu dan dengar sepenuh perhatian walaupun apa yang korang leterkan tu karut sama sekali.

2. Bila awek dia call pukul 2-3 pagi sebab nak mengadu masalah, dia bingkas bangun dari tidur semata-mata nak dengar luahan kau sedangkan baru je 1 jam dia terlena. Semata-mata nak pastikan hati korang lega.

3. Bila awek dia mintak itu mintak ini, dia masih boleh tersenyum sambil berkata "Ok sayang" sedangkan duit dalam dompet dia tinggal RM30 untuk buat stock beli maggi dan isi minyak motor.

4. Bila awek dia tak sehat, dia orang pertama yang tak tentu arah dan terus antar mesej atau call korang. Takde kredit dia sanggup redah hujan lebat berlari 1 kilometer cari public phone semata-mata untuk bertanya - "Sayang sayang.. Keadaan sayang macam mana?" dengan nada penuh kerisauan.

5. Bila awek dia berpaling arah kepada orang ketiga, dia tahu dia gagal bahagiakan korang. Bila jadi macam tu, dia sedaya upaya senyum dalam menangis dan sedaya upaya mengucapkan "tahniah awak" walaupun perit untuk diluahkan.

Kalau sikap bf korang tembak tepat salah 1 tanda kat atas tu, bersyukurlah. Hargai dia sepenuh hati dan jangan persiakan dia. Ok? Orait aku nak pergi berak sat..
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Your Matahary berkata...

terbaikllahhhh


10 Jun, 2012
Tanpa Nama berkata...

No 1,2,3 اَلْحَمْدُلِلّهِ ade.. ;)
No 4 tu memule bercinta je..
No 5 tu tak same sbb dia xkn lpskan walau ade mase salah dia..apelaaa!! Hahahah
Papepun..bestla entri ni..


15 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...