Pengakuan dari seorang anonymous

on 26 Ogos 2011



Assalamualaikum..

Macam korang nampak tajuk kat atas - "pengakuan dari seorang anonymous", entri ni ditaip oleh anon jugak. Har har.. Aku tak payah hack blog ni pun aku dapat pecah masuk jugak. Gila kan? Gila kan? Sebab owner blog ni bebal sebenarnya..

Dia selalu tak sign out blogger lepas habis berblogging. Agaknya dia lupa, laptop dia ni bukan dia sorang je guna. Kah kah.. Hurmm lately ni, aku banyaklah jumpa blog-blog langsi, cap ayam yang kutuk anon. Ini serius boleh mendatangkan kemarahan.. Sebagai mastermind Agenda Anon Malaya, aku perlu bertindak sebelum nama anon jadi busuk.

Jadi alang-alang aku dapat 'pecah masuk' akaun ni, aku amik keputusan untuk taip entri ni sebagai jawapan kepada soalan korang - Siapa anonymous? Why anon cari pasal dengan aku? Why?

Take note, perkataan 'aku' dalam entri ni wakil hampir semua anon yang korang benci.

                                                                       ++++++++++


Siapa anonymous? 

Fact - 60%-70% anon a.k.a haters blog korang adalah kenalan korang sendiri. Contoh macam aku ni.. Macam mana aku boleh guna laptop tuan punya blog? Heh betul.. Sebab aku adalah kenalan akidazami.com. Tapi aku bukan haters blog dia lah. Blog dia ni ayam je. Blog aku lagi best. Kah kah

Ok sekarang the most interesting part.. 

Why anon cari pasal dengan korang #1 

Ekceli jangan salahkan anon bila anon cari pasal dengan korang. Sebab takde angin takkan pokok bergoyang betul tak.. Sebelum mengamuk, apa kata korang tengok dulu blog korang. Ada tak entri tunjuk trafik beribu lemon? Ada tak entri tunjuk income tebal poket koyak?

Ada? Ada? Haa.. Fyi, aku memang pantang dengan entri-entri macam ni.. Aku datang baca blog sebab nak cari info terkini, atau something yang boleh menghiburkan aku yang berfikiran kusut ni. Sekali jumpa pulak entri macam tu.. PERGHH. Mana tak panas.. Aku usaha bagai nak rak tak dapat macam tu tapi diaorang senang-senang je dapat.. Mana boleh blah.

Ok senang cerita aku dengki tahap gaban dengan trafik ribu lemon dengan income tebal poket koyak korang walaupun aku jawap "tak dengki" kalau korang tanya. Huh

Why anon cari pasal dengan korang #2

Lagi 1 sebab kenapa aku suka bikin onar ialah aku jeles dengan blogger-blogger yang disebut-sebut, dipuji-puji oleh blogger femes. Dermm.. Apasal tak pilih blog aku? Apsal bukan blog aku?

Serius jeles siut. Blog aku penuh dengan entri ilmiah kot.. Lagi layak betul tak? Nak bandingkan dengan blogger duk cerita tengah hari makan apa, malam karang buat apa.. Pfff.  

Bengang punya pasal, haritu aku attack lah 1 blog ni. Aku komen yang blog tu sama macam 1 blog yang tengah femes sekarang ni. Sebenarnya, tak sama pun cuma aku tengok font nak akan-akan sama, jadi aku gunalah tu sebagai point. Bijak kan aku guna font sebagai point untuk hentam?

Why anon cari pasal dengan korang #3  

Aku ni nampak macam hati kering, berani attack blogger-blogger lain tapi sebenarnya hati aku ni lembut.. Sensitif tahu.. Serius tak tipu. Yelah anak mak lah katakan~

So bila ada entri yang bertentangan dengan pendapat/fahaman aku, aku sentap. Terasa sesangat. Contohnya entri troll dari obefiend dan troll freemason dari blog mana tah. Pedass, makan dalam tahu entri tu. Ekceli bukan 2 blog tu je, banyak lagi blog post entri yang buat aku sentap. Bila dah sentap, aku tak puas hatilah.

Bila komen, aku twist sikit isi entri plus campur provoke sikit supaya komen tu nampak macam beriya-iya dan nampak macam luar pemikiran penulis (sebenarnya lari topik). Bila penulis tak tahu nak jawap apa, dia akan diam jela. Kah kah kah.. Tu la.. Siapa suruh bagi aku sentap..

Eh jap jap.. Troll tu apa eh? Serius aku tak tahulah maksud dia. Bila nak google je maksud dia, mesti aku terbukak porn.. Damn.. Tak tahulah kenapa. So apa eh maksud dia?

                                                                       ++++++++++

Kesimpulan dia, don't play-play with anon. Korang sendiri pun tahu apa anon boleh buat kan.. Macam-macam. So jangan buat hal la.. Tapi kalau korang tetap berdegil, tetap provoke kitaorang jugak...


                             ..Maka aku akan isytihar PERANG antara anon dengan bloggers...
                                                   MARK my words.. I'm dead serious

                                     
                                      "Remember my friend.. Anonymous, and Proud"

 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

ntah apa2 statement....

poyo!

aku pun anonymous...tgk id aku komen nih..wakakakaka...PUIHHH!


14 Januari, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...