Cara untuk dapatkan follower blog

on 26 August 2011














Lama jugak aku tak taip something berkaitan dengan blogging ni. Dulu selalu ah taip (taip ke tulis?) pasal blogging ni tapi sampai 1 tahap tu aku bosan jadi aku stoplah sekejap..

"Hurmm so kali ni nak tulis pasal apa eh.." Tengah fikir tu, aku check hitstat then ternampak keyword - cara dapatkan follower blog. Ok tulis jelah pasal ni. Bedal jelah. Dari aku brainstorming giler babeng silap-silap tertidur langsung tak dapat apa- apa.. Har har..

                                                                   ++++++++++

Perihal follower

Follower ni macam korang tahu, pembaca yang follow blog kita sekiranya diaorang tertarik dengan beberapa aspek yang ada kat blog kita.. Diaorang jugak akan jadi salah 1 sumber trafik untuk blog kita..

"Jadi macam mana nak dapatkan follower blog tu kid.. Macam mana nak buat pembaca klik button follower? Macam mana macam mana macam mana??" 

Ok berbalik pada tajuk. Sebenarnya sebelum ni, ada beberapa blog yang kasi tips macam mana nak dapatkan follower blog. Tapi aku tak setuju dengan tips-tips tu sebab tak berkesan pun :

FAILED : Cara untuk dapatkan follower blog #1 = Blogwalking kat shoutbox

Blogwalking sekadar tinggalkan jejak "Hye singgah sini" kat shoutbox. Cara ni sebenarnya salah 1 cara untuk naikkan trafik je.. Bila guna cara macam ni, blogger memang akan masuk ke blog kita tapi dia takkan baca entri.. Sekadar say "hye", pacak link kat shoutbox then terus blah cari blog lain. Datang dan pergi macam tu je.

The truth is..

Kalau blogwalking dengan cara baca entri lepas tu komen, yes. Kemungkinan besar blog kita akan di-follow sebab owner blog tu akan singgah balik ke blog kita dan baca entri kita. Kalau entri tu best, dia akan follow.

FAILED : Cara untuk dapatkan follower blog #2 = i follow u, u follow me. Win-win situation

Derm.. Win-win situation pekebenda.. Pada aku yang follow guna konsep macam ni sekadar nak blog yang nampak gah dengan follower yang banyak.. Sory to say. Guna konsep macam ni mungkin boleh dapat 10 ribu follower dalam masa yang singkat tapi apa guna maa? Kalau trafik blog lu 10 uv je sehari? Apa guna kalau entri lu takde orang baca?













SERIOUS.. This is the REAL way..

Dari apa yang aku perhati dan dari apa yang aku buat sebagai follower, follower ni follow sesatu blog tu berdasarkan salah 1 sebab ni : Template cantik menarik unik atau entri yang best atau kedua-duanya sekali. Dan yang baru aku perasan, backlink dari entri atau dari mulut ke mulut.

Template cantik menarik unik

Manusia memang suka benda cantik-cantik ni. Atas sebab tu jugaklah kalau template satu-satu blog tu cantik menarik unik, ada sesetengah follower ni terus je klik follow tanpa baca entri dulu.

Contoh template yang taik awesome : blog serius, justkhai, budu dan belacan : busuk tapi sedap, xia xue

Tapi kalau korang tak dapat create template yang awesome, janganlah down pulak.. Pada aku, memadailah kalau template tu kemas, takde color clash.. Jenis minimalist pun ok je.

Entri yang best

Entri sebab utama sesatu blog tu di-follow. Kalau entri tu bestlah pada pembaca. Macam mana entri tu dikatakan best? Ekceli jawapan untuk soalan ni subjektif. Kalau aku tanya korang, korang mungkin jawap lain. Kalau korang tanya aku, aku akan jawap lain.. Sebab taste kita tak sama.

Kalau dari pandangan aku sebagai pembaca, entri yang berupaya buat aku berfikir, yang menyelesaikan masalah aku, atau menghiburkan aku bagi aku best.. Bagi aku la.. Contoh paling senang tengok je blog realiti konspirasi tu. Sempoi santai lawak entri beliau (panggilan terhormat sebab zack taik awesome) Sekali update, online counter dengan jumlah komen cecah ratus-ratus.

Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab entri dia best.

Aku percaya kalau entri korang tu korang target untuk menyelesaikan masalah pembaca, atau buat pembaca berfikir, atau untuk hiburkan hati pembaca, secara automatis pembaca akan klik follow. Kalau tak klik follow, diaorang pasti akan bookmark blog korang. Gentle aku cakap.

Backlink dari entri atau dari mulut ke mulut

Point ni pasti akan terjadi kat korang kalau blog korang memang femes.. 1 contoh kat sini, kalau korang buat entri  "Terima kasih ______ (nama blogger, blog) !!". Dalam entri tu korang confirm akan terangkan kelebihan blog tu kan.. Kalau keburukkan baik lu tak payah berblog. Har har..

Jadi bila pembaca datang baca entri tu, apa yang ada dalam fikiran diaorang ialah :

"Ni blog celah semak mana ni.. Aku tak pernah baca pun.. Best sangat ke?"

Sama jugak backlink dari mulut ke mulut. Maksud aku ialah, blog korang jadi bahan bualan.

"Eh kau pernah dengar tak blog _________ (nama blog) ni? Orang cakap best..."

"Eh, kau pernah baca tak blog akid azami? Serius best doh entri dia! Hari-hari aku mengadap baca!"

"Der lu jangan nak up diri sendiri lak.. Kang sakit lu dapat, malu pun lu dapat.. " 

Har har har.. Tapi betul tak pe aku cakap.. Korang mesti pernah bual benda yang sama betul tak? Pendek kata, pembaca/pendengar akan diselubungi rasa ingin tahu yang sangat tinggi terhadap blog yang korang mentioned tu. So tanpa berlengah masa dia akan terjah blog tu dan terus follow.

                                                                        ++++++++

So kesimpulan dia, template yang cantik menarik unik, entri yang best plus backlink dari entri atau dari mulut ke mulut dijamin akan membuatkan pembaca klik follow. Tapi janganlah korang fikirkan bila nak bertambah follower atau etc.. Fokus je pada 2 point kat atas secara automatiknya blog korang dapat follower. Ok? Orait aku nak pergi berak jap..
Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Mr. 7 said...

stylo ah akid....
nice share..
dari zarul....
ahahaha


18 December, 2011
Eena Arrina said...

wahhh..btul3x..btw,folow sini sbb baca entry ni..hope follow back :)


19 December, 2011
rahimatul azrina mazlan said...

hahaha..btol gak kan..tq utk tips..kena follow ni after baca entry you


17 January, 2012
bulat said...

follow la blog i pulak..hihi..baitijanntijamilah.blogspot.com


19 January, 2012
Faztee Danisha said...

tq ats tips ni:)


03 February, 2012
miss watie said...

foloww i pulak,,hehehe,,


16 March, 2012
Cinta Imaginasi said...

thanks info yang menarik :)


16 May, 2012
::BudakaCamaTa:: said...

thank u...info yg sgt mmbantu...:)


17 July, 2012
mama adib said...

aku tulis jer..n share resepi2 simple dan mudah..kalau orang nak follow..alhamdulilah..tak follow pun alhamdulillah..smuanya kan rezeki...


06 July, 2013

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...