Untuk perempuan yang curang

on 26 Ogos 2011



















Hello...

Hello hello?

Hello gegirls??

Gegirls, kenapa senyap? Dah 5 minit aku duk hallo hallo ni. Bazir prepaid ler. Hurmm tak pelah. Aku tahu kau ada kat sana.. Kau tak respon sebab takut aku tiaw kau sebab curang kan? Gegirls, kalau kau tak nak respon, kau dengar jelah apa aku nak cakap ni ek..

Ekceli aku tak tahu kenapa kau dengan pailangnya sanggup curang dengan aku. Aku dah berusaha bagai nak rak untuk jadi prince charming yang kau idamkan gegirls.. Jadi apa lagi yang kau nak? Tak cukup lagi ke? Oh ye tak ye.. Kalau dah jenama Adibos, mana boleh tukar ke Adidas..

Gegirls,

Aku tahu kau sangat pentingkan rupa. Kau kata, rupa kriteria utama bila kau nak terima seseorang tu jadi balak kau. Kalau muka hancur macam jambatan tak siap, maka boleh blah. Tu kau yang cakaplah.

Dan aku faham kenapa pentingnya ada rupa pada kau. Ni supaya bila kau bawak balak kau hang out dengan member, tak perlu lah kau risau dan malu bila member cakap "tak hensem pun balak kau?".  Ah atau lagi tepat lagi, standard. Ye standard. Sebab kau nak jaga standard sebagai gegirls paling cantik.

Tak ke suwey gegirls cantik tapi balak muka hodoh?

Aku sedar, aku tak berapalah nak hensem ke apa tapi orang kata muka aku macam Aaron aziz bila serius. Lagi diaorang kata macam justin lidah bila aku buat muka cute. Bila aku control macho, diaorang kata muka aku macam fahrin ahmad pulak. Amik.. 3 artis yang ada rupa dalam 1 muka sekaligus. Jadi kenapa kau curang jugak gegirls? Kenapa?

At the end, mat jambu korea dengan bibir pink dia tu jugak jadi pilihan kau. Ahh..






















Atau layanan aku tak best buat kau curang gegirls? Tak caring ke aku? Ingat lagi tak, bila kita shopping siapa yang selalu hampir pengsan bawak semua barang-barang kau? Bila kau haus, siapa yang terkedek-kedek lari ke kedai berdekatan belikan minuman untuk kau?

Pendek kata, bila kau panas, aku kipaskan. Bila kau sejuk, aku pakaikan kau sweater. Bila kau sakit, aku jaga. Bila kau call aku pukul 2-3 pagi sebab nak mengadu masalah, terus aku bangun dari tidur semata-mata nak dengar luahan kau sedangkan baru je 1 jam aku terlena. Semata-mata nak pastikan hati kau lega sayang..

Tapi kau curang jugak. Kau kata, mat korea jambu tu lagi caring.. Caring yang macam mana tu? Bila kau nak tido dia dodoikan kau ke?

 Gegirls ku,

Pasal duit, kau pernah cakap dulu duit penting untuk pastikan relationship tu bahagia. Betul. Memang betul. Bf kena ada duit supaya apa yang gf nak, senang2 je gf boleh dapat. Kalau tak, gf akan blah cari kumbang lain. Kan?

Ya, aku mengaku aku taklah kaya walaupun aku ada 15 bijik banglo kat KL ni. Tapi se-tak-kayanya aku, dapat jugak kau pakai inspira + vios.. Dapat jugak sebijik banglo. Dapat jugak pakai pakaian branded-branded tiap-tiap bulan.

Paling penting, semua tu cash sayang oi..

Ehem.. Sayang.. Aku bukan nak mengungkit. Cuma pelik.. Takkan tu pun tak cukup? Apa? Mamat korea tu boleh bagi kau ferrari? Boleh bagi kau apartment? Boleh belikan kau pakaian branded tiap-tiap hari?

Oh.. Siapa paling kaya, dapat gegirls ye?

Hey gegirls..  

Teet.. Teet.. ( Prepaid habis. Lelaki tu pun dah malas nak kontek perempuan tu lagi)

                                                                      ++++++++++

Perempuan.. Dah dapat yang perfect, nak yang lagiiiii perfect.. Tamak, dan tak reti bersyukur. Kan?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...