1 kejadian pelik, 2 kejadian bangang

on 28 November 2011






















2.00 petang

Lapar.. Usus-usus dalam perut dah berbunyik. Tak nak buang masa, aku gerakkan badan ke mapley. "Bang, macam biasa ke? Nescafe ais dengan nasik campur ye?" - Sapa cik waiter sambil tersenyum.  Aku angguk mengiyakan tekaan cik waiter. Tak sampai 5 minit, oder siap. Terus aku mencekik. 

Tengah2 syok mencekik tu, tetiba aku terasa ada 'aura' berhampiran aku.. Naluri lelaki aku kuat mengatakan ada orang tengah tenung aku. Rupanya cik waiter tadi. Ah aku dah mula rasa pelik.. Dahla cik waiter ni tinggi lagi chomel.. Pakai spect, mata dia pulak bersilau macam kartun anime. Fuh! Tapi takpe. I'm cool. Aku beranikan diri bertentangan mata dengan dia.. Dah kantoi, dia pandang tempat lain. Tapi tak lama lepas tu, dia tengok aku balik.

"Ahh ni dah apehal pulak ni.. Aku hensem ke hari ni.. "

Kejadian ini lantas buatkan aku teringat gambar yang ditepek kat header blog aku. Ok. Boleh aku mintak tolong? Cuba korang tengok jap mamat kat header tu. Dah? Ok sekarang cakap kat aku, hensem kah?


3.00 petang

Bara rokok yang tinggal beberapa centimeter lagi nak sampai puntung aku tenyehkan ke mulut ashtray. Aku bingkas bangun dan terus blah. Tetiba beberape awek tah dari pelosok mana muncul potong jalan aku.

Sesetengah orang pantang kalau orang lain potong jalan dia. Terkena sekali, dalam hati kaw-kaw dia maki. Tapi lain pulak halnya aku :
























"Hurm.. Cutting 35-25-35. Eh lebih kurang sama je semua??"

Mungkin korang (gegirls) rasa aku ni gatal, miang.. But who cares? Biaselah, lelaki. Alah bf korang tu pun, macamlah baik sangattt.

Maka dengan tanduk setan kat dahi, aku potong balik aweks tu. Dalam fikiran bajet nak usha guna cara oldschool - mengeluh handphone rosak, then mintak tolong awek tu call nombor kita untuk pastikan hanphone kita betul-betul rosak atau tak. Heh ini semua strategi.. Bukan ape, aku malas nak fikir ayat cantik2. Buang masa. Guna cara ni, tak sampai seminit CONFIRM dapat no phone awek..

So aku potong balik aweks tu, pusing dan jalan ke arah diaorang. Segala trategi dan setiap langkah aku susun kemas.. Gaya berjalan lelaki macho - pacak tumit dulu diikuti bahagian depan kaki aku praktikkan.. Raut muka ketat yang menjadi norma kebiasaan ditukar menjadi macho. Aweks tersebut menunjukkan reaksi excited.

Lagi beberapa langkah lagi diperlukan untuk sampai ke aweks tu. Baru je aku nak bersuara "Hai!", tak semena-mena langkah aku terhenti. 

"Wat the fak?? Selipar body glove aku putus?!!" 

Terus gaya berjalan yang cukup style tadi berubah ke mengengsot-engsot. Tak ubah macam berjalan dengan kaki terseliuh. Aweks tadi yang pada mulanya excited terus mengeluh "Aihhhh...." diikuti perubahan muka yang... ishh kalau lelaki tengok memang terasa ar diri super loser sejati.

Bangkai betullah..


3.40 petang

Aku adjust balik selipar ni. Sumbat sikit apa-apa kat lubang selipar. Tapi still jalan mengengsot-engsot.. Kejap-kejap selipar ni terputus balik.

















"Body glove apa ni? Kata tahan 2-3 tahun?! Kimak!!" 

Nasib baik kedai selipar ada berdekatan. Nak tak nak terpaksa aku sedekah RM10 kat tokey kedai tu.  Kanina. Habis nak buat macam mane? Desperate dah ni.

"Bang nak beli selipar. Selipar putus pulak ha"

"Oh ekau tengok kat sano tu.. Dekat tompek (tempat) gantung solipar tu"

"Hurmm ni cun ni. Tapi keciklah. Ada saiz 10 tak bang?"

"10?! Ekau makan apo jang?? Bosar boto (betul) kaki kau?? Tunggu jap!"

Selang beberapa minit..

"Hah! Ni saiz 10!"

"Orait.. Berapa ni bang?"

"Macam biaso lah, Rm10. Selipar kau yang putus tu made in China jang.. Gotah (getah) takdo kualiti punyo!"

Part ni buat telinga aku panas.. Aku tak percaya selipar body glove aku ni made in china. Ada kemungkinan pergerakkan kaki aku yang agak kasar sekaligus menyebabkan selipar aku tak dapat menampung lagi kerenah kaki ini. Lantas membuatkan dia putus. 

"Eh mustahil lah made in China.. BODY GLOVE ni bang! BODY GLOVE!"

"Ceh tak cayo (percaya) pulak.. Body glove apo.. Cubo mato (mata) ekau perhati boto-boto brand selipar tu!"

"Hmm Body.. BODY GLUP???"

Dengan serta merta teringat aku dengan nama 1 kasut ni yang agak sama dengan ADIDAS iaitu ADIBOS.. Sumpah, memang macam bangang.

Tamat flashback, terus aku pijak-pijak dan humban selipar tu ke tong sampah.

                                                                    ++++++++++++

4.20 petang

Sampai je rumah, on laptop, log in blogger. Aku taip entri ni dalam keadaan yang agak tak ceria.. Tulah 1 kejadian pelik dan 2 kejadian bangang berlaku kat aku hari ni. Macam cilake. Ah sambung berak baliklah..
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

cik fadh berkata...

best cter ko !
thanx add fb . aku follow ko ;)


12 Disember, 2011
ina berkata...

hahaha.. lawk laa


18 Disember, 2011

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...