Akaun Twitter Persenda Tunku Ismail Sultan Ibrahim

on 04 April 2012

Semalam polis johor menerima satu laporan tentang satu akaun twitter persenda tunku ismail sultan ibrahim, tunku mahkota johor baru-baru ini. Ketua polis johor, datuk mohd mokhtar berkata laporan itu diterima pihaknya semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira pukul 1.30 petang dua hari lepas di Balai Polis Pelangi Indah, di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan program "High Profile Policing". Tunku Ismail menerusi tweet @HRHJohor2 pada Sabtu lepas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas akaun berkenaan. 

Akaun itu dikendalikan oleh user yang bernama @HRHJohor dengan menggunakan nama yang mempersenda Tunku Ismail berserta gambar baginda. Mungkin sebabkan dah kantoi, akaun twitter tu dah dinyahaktifkan tiga hari lepas.

Sumber : Cthoney
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...