Gambar Natasha Hudson Bertudung

on 09 April 2012

Natasha hudson dah bertudung? Gambar bawah ni bukti dia. Dan alhamdulillah.. Lagi seorang artis perempuan malaysia bertudung. Hari tu yatt, kali ni giliran natasha pulak. Untuk pengetahuan korang, keputusan bertudung ni dibuat selepas natasha pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ni. 


Pada aku natasha makin cantik ah lepas bertudung ni. Macam nak jatuh cinta je aku rasa sekarang ni. Heheheh. Kata natasha kepada wartawan blog gua :

Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. 

Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.

Aku nak ucapkan tahniah pada natasha hudson di atas penghijrahan ni. Bertudung memang bukan satu masalah. Dan pada aku artis-artis perempuan malaysia yang lain tak perlu takut karier akan terjejas sekiranya bertudung. Takde mazhab mengatakan bertudung akan menutup pintu rezeki kita. Semoga rezeki natasha sebagai artis akan makin melimpah ruah selepas ni. Anyway, tahukah korang natasha akan bernikah tak lama lagi? 


*Update terbaru : Natasha dah selamat bernikah. Klik link bawah ni untuk tengok gambar kahwin natasha - Gambar nikah natasha hudson
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

May Allah bless her day. Amin. :)


09 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...