Isu Cerai Rita Rudaini : Aidil Zafuan Diminta Beri Alasan Jelas

on 01 Mei 2012

Rupanya alasan cerai aidil zafuan terhadap rita rudaini sebenarnya kabur, tak jelas. Aku pun baru je tahu pasal perkembangan baru isu ni lepas baca kat mstar hari ni, tadi. Berbalik pada topik, rita tak puas hati dengan alasan aidil minta cerai sebelum ni sebab mereka tak pernah pun berbincang hal ni depan-depan. Jadi rita minta dia bagi alasan yang betul-betul kukuh dan jelas di makhamah rendah syariah petaling jaya tadi. 


Kata rita di akhbar online mstar :

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung."

Pada aku agak mustahil untuk seseorang yang betul-betul sayang dengan perkahwinannya akan biarkan ia roboh macam tu je. Rita termasuk dalam kategori orang macam tu. Ini kata rita tentang perkahwinannya :

"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa." 

Bicara cerai aidil zafuan dan rita rudaini akan disambung pada 16 mei ni. Serius, aku rasa kesian sangat pada rita. Tapi nak buat macam mana kalau dah takde jodoh. Pada aidil, diharapkan bagilah alasan yang jelas kenapa nak cerai. Sebab hal cerai bukan macam main carom, main jentik je dah boleh settle. Untuk peminat rita, doakanlah yang terbaik untuk dia. Diharapkan rita kuatkan semangat dan emoga segala urusan rita dipercepatkan dan dipermudahkan. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...