Drama Dejavu Di Kinabalu Sinopsis

on 10 Mei 2012

Info sinopsis tentang drama dejavu di kinabalu slot akasia tv3. Drama yang diarahkan oleh erma fatima dan pali ini akan menemui penonton pada 18 jun 2012. Genre cerita ni, macam biasalah. Kita tengok pelakon dia (neelofa, aqasha, tiz zaqyah, nazim othman dan rebecca nur islam pun dah tahu iaitu cinta.  Harapnya cerita ni setandinglah dengan drama genre cinta yang pernah disiarkan kat tv3 sebelum ni.


Sinopsis :

Permulaan drama ni mengisahkan tentang rania dan ryzal di zaman kanak-kanak. Pada masa tu mereka ialah sepasang kekasih. Tak lama lepas tu mereka kembali ke semula ke tempat lahir mereka, kota kinabalu. 20 tahun kemudian, rania menderita penyakit bhronchitisphenomia (jantung) yang membawa kepada kematiannya. Dalam diam-diam, rania telah membuat perjanjian untuk mendermakan hatinya. ryzal, berasa hancur setelah kehilangan cintanya, membina semula kehidupannya melalui khayalan hidupnya dengan rania.

Sehinggalah satu hari, dia bertemu sofia dan dia perasan ada banyak persamaan antara rania dan sofia. Akhirnya ryzal jatuh cinta dengan sofia. Tapi sofia yang membuat pengakuan dulu kepada Ryzal dan memberitahunya bahawa dia membawa hati rania. Bagaimana reaksi rryzal dengan berita ini dan adakah berita ini akan menyebabkan hubungan mereka berubah? 

Barisan pelakon utama dejavu di kinabalu : aqasha, tiz zaqyah, neelofa, nazim othman dan rebecca nur al islam. Nantikan drama ni di slot akasia pada 18 jun 2012 nanti!
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

Rasa2nya Neelofa x jd ambik drama nie last minute kut sbb comitted dgn pengambaran Nona di Scotland-London-Paris( back 2 back)


10 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...