Isteri Dan Anak Seksa Suami, Siap Rakam Video!

on 10 Mei 2012

Isteri dan anak seksa suami, siap rakam video - Manusia sekarang dah semakin gila.. Aku rasa kemungkinan besar warga emas ni uzur, sakit. Umur pun 64. Aku rasa bila isteri dengan anak dia dah tak tahan nak jaga dia, terus diseksanya orang tua tu. Baca laporan kat bawah :

Polis mendapati seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di kampung tanggung unggar, di sini, turut merakam perbuatan zalim mereka terhadap suami dan ayahnya menggunakan kamera telefon bimbit. 

Tindakan wanita dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu terbongkar selepas polis menemui tiga rakaman video seksa mereka dalam komputer riba 1 malaysia milik pelajar berkenaan di rumah mereka, semalam. Lebih mengejutkan, rakaman video itu memaparkan wanita itu yang berusia 50 tahun memukul suaminya dengan rotan manakala anak lelakinya menarik alat sulit ayahnya.

Superintendan mohd bukhori saffai berkata, jiran keluarga terbabit menghubungi jabatan kebajikan masyarakat (JKM) khamis lalu, melaporkan perbuatan kejam dua beranak itu. “Keesokannya, pegawai JKM bersama polis pergi ke rumah mereka dan membuat siasatan."


*Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Shida Radzuan berkata...

gilerr kejamm lah..geram plak baca huhuh!!


11 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...