Loji Gas Petronas Di Paka Meletup

on 10 Mei 2012

Loji pemprosesan gas petronas di paka meletup - Ada yang tanya aku, berita ini betul atau palsu? Jawapan dia betul sebab berita harian pun update pasal loji meletup ni. Berdasarkan sumber, letupan berlaku sekitar jam 3 petang tadi.


Dikhabarkan seramai 10 mangsa cedera dalam insiden letupan loji pemprosesan gas 3 (gpp3) ni. 3 mangsa mati. 4 daripada 10 mangsa tadi dilaporkan terbakar peringkat 4 yang bermaksud terbakar teruk. Perghh.. Rasanya mungkin kemalangan ni disebabkan kecuaian pekerja. Insiden macam nilah buat aku takut nak kerja dalam sektor loji-loji ni. Berbalik pada topik, punca insiden ni masih disiasat. 

Semua mangsa dikejarkan ke hospital dungun untuk rawatan dan kebakaran berjaya dipadamkan bomba sekitar jam 3.20 petang. Anyway, harap-harapnya 10 mangsa tu selamatlah. Rasanya lepas ni agak molek kalau pihak petronas ketatkan lagi peraturan dan tingkatkan lagi pengawasan pekerja masa bekerja supaya kejadian macam ni tak berlaku lagi. 
Ranking: 5

{ 4 ulasan... read them below or add one }

rebellion berkata...

sekarang ni banyak projek2 shut down dan maintanance yang anak2 muda terengganu dapat kat paka ni,

kecuaian manusia atau malapetaka? tunggu dan lihat laporan berita nanti

safety officer hope dapat lebih main peranan


10 Mei, 2012
fuad gpp berkata...

Tggu laporan penuh,jgn bt kesimpulan sendiri kalau xde kat situ.
Keje d mn2 ada bahaya..Ada risiko tersendiri...
Aku ada dan bekerja semasa kejadian berlaku..cuma xnk salahkan sesiapa...
Takziah pd mangsa yg terlibat dalam kejadian tersebut dan takziah pd mangsa yang meninggal.


10 Mei, 2012
Emilia berkata...

Yes, skrg byk sgt versi crite kan. kalo kite xde d tmpat kjadian, xleh nk cite ape2 laa... husband sy di tmpat kjadian pun xdpt nk ckap ape sbb dh tlalu takot... ekcelli, kite xleh nk ckap kecuaian pkerja jugak, sbb kat ctu kan ade pihak yg WAJIB pantau..so, di manakah mereka?? tugas mengelak dr kemalangan adlh sbhgian dr keje mereka.. x gtu?? apepun, pcaya pd qada' dan qadar...


13 Mei, 2012
Tanpa Nama berkata...

inspection safety da buat kat paip tu,,mungkin ada gas yg stuck dalam paip...


19 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...