Kelab Liga Portugal Uji Nazmi

on 10 Mei 2012

Kelab liga portugal uji nazmi! Nampaknya makin ramai pemain bola tempatan menarik perhatian pihak luar negara. Pada aku ni sememangnya satu perkembangan yang sihat bagi sukan bola malaysia. Berita ni disahkan oleh ong kim swee sendiri yang kelab liga portugal tertarik dengan bakat pemain tersebut dan dia akan diuji selama seminggu.


Berdasarkan utusan malaysia, ong kim swee ada menyatakan yang nazmi akan berada di portugal dari 13 mei hingga 21 mei 2012. Nazmi faiz antara calon yang terpilih yang dipanggil untuk menyertai kelab tu. Kalau berjaya, dia akan menyertai kelab tersebut selama setahun setengah. Kata ong kim swee :

Bakat beliau menarik perhatian ejen yang datang ke sini dan melalui perbincangan telah dijalankan sejak sebulan lalu, kami sepakat membenarkan nazmi menjalani ujian pemilihan. Saya memang suka dia ke sana kerana corak permainan liga portugal lebih kepada skil individu berbanding beberapa negara lain. Jika dilihat dari segi skil, saya lihat tiada masalah buat nazmi mendapat tempat di sana. 

Ini pula kata nazmi yang mungkin bakal menyertai kelab s.c beira mar portugal :

Ini kehendak saya. Saya nak pergi lebih jauh dalam karier bola sepak dan mahu memberikan yang terbaik semasa di sana. 

Tahniah diucapkan kepada nazmi kerana terpilih untuk menjalani ujian pemilihan kemasukan ni. Aku harap nazmi berjayalah dalam proses ujian tu nanti, sekaligus mengharumkan dan meletakkan nama malaysia dalam sukan bola sepak ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Insya allah.
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Shida Radzuan berkata...

baguslah dia :)


11 Mei, 2012
Unknown berkata...

baguslah ..haha ..follow sini


20 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...