Perakam Video Dera Bayi Tak Bersubahat

on 11 May 2012

Perakam video dera bayi tak bersubahat - Macam yang korang tahu, beberapa hari lepas keadaan agak kecoh bila rakaman bayi didera tersebar di youtube dan facebook. Sebenarnya video tu video lama. Si pedera merangkap ibu bayi tu pun sekarang berada dalam tempoh hukuman. Tapi ramai jugak yang hentam tukang rakam video tu bersubahat dalam kes ni.

Sebenarnya anggapan korang salah. Sebagai bukti, ni aku sediakan pengakuan dari si perakam tu dari hmetro :

"Saya merakam semata-mata untuk dijadikan bukti untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat dalam mendera atau tak bertimbang rasa"

Itu penjelasan wanita yang mahu dikenali sebagai noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu tersebar di internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai. Pihak metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan asisten komisioner arjunaidi mohamed yang kes itu berlaku bulan mei tahun lepas dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor berkata dia tidak tahu siapa yang memuat naik video itu dan sedih bila sebahagian besar yang menonton video itu menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya sedangkan dia dipukul bila cuba menyelamatkan mangsa.





*Sumber : Harian metro
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

ezyra daniel said...

haa bgus laa
so skrg da tak yahh nak tduh2 y bukan2 ag :)
kte tak tw pkara sebenar..
sepatutnye kte siasat dlu kan :)


11 May, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...