Nasha Aziz Jadi Cover Majalah ENF, Tetap Nampak Cantik

on 08 Jun 2012

Nasha aziz jadi cover majalah terbaru enf! Wah lama gila kita tak dengar sebarang khabar berita dari nasha. Last kita tengok dia ialah di tv dalam drama supermak yang mana dia memegang watak utama untuk drama tu. Siapa ingat lagi? Tapi selepas drama tu dia pun terus menyepi. Sekarang, tahu-tahu je nasha tampil sebagai cover untuk majalah enf terbaru. 

nasha aziz

Macam biasa, untuk keluaran terbaru ini diaorang masih lagi mampu memberikan info-info berguna untuk majalah mereka supaya berbaloi dibeli oleh peminat. Apa yang menarik perhatian aku dari cover tu ialah headline "26 cara suai padan jingga". Info yang berguna untuk aku memandangkan aku ni fail bab matching-matching warna. Berbalik pada topik. Kalau dah jadi cover, tak sah rasanya kalau takde artikel dan interview ekslusif berkaitan nasha aziz. Dari update terbaru nasha ni, aku tengok dia masih lagi maintain cun dan bergetah walaupun dah berusia 40-an kalau tak silap. Apa rahsianya?


Anyway, pada peminat yang rindu dengan nasha, bolehlah dapatkan majalah ini di kedai berhampiran. Lagi beberapa gambar nasha untuk korang tatap dengan klik read more.



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...