Guitar lesson anyone?

on 17 September 2010






















Ada yang tanya aku macam mana nak main gitar ni.Bila fikirkan majoriti newbie takda guide, timbul idea untuk aku taip entri ni.Moga-moga dapatlah jugak membantu reader blog ni yang jugak berminat nak main gitar. Apa yang aku boleh kata, apa yang aku taip kat sini berdasarkan dari pengalaman aku, yang hampir 10 tahunmenjebakkan diri dlm instrumen bertali ni.



Aku tak menjamin entri ni boleh menolong korang (newbie) 100%. Sebab apa yang penting, korang tak mudah giveup, and paling penting skali, MINAT!

Ok ni untuk basic punya lessons.

- Aku dulu bermula dari gitar kapok tapi aku sarankan, kalau korang ada bajet lebih, beli terus gitar elektrik. Sebab lagi banyak benda korang boleh belajar dari guna gitar kapok. Untuk newbie, elok beli ibanez gio. Sebab lagi 1, gitar ni murah dan kualitinya yang memuaskan. Ibanez beb, nak cakap apa lagi. Tak pun squire stratocaster. Memang sesuai untuk newbie. Jangan lupa pulak beli ampliflier. Effect boleh beli kemudian. Harga boleh survey di kedai and boleh runding dengan tokey kedai.

- Beli buku chord. Lagi bagus kalau buku chord tu ada menunjukkan posisi tangan. Boleh dibeli dari kedai buku/muzik berhampiran.


Contoh buku kord yg bagus. Credit : bostonguitar.com


- Beli buku lagu yang ada tunjuk chord gitar. Harga dlm rm 3-7 je bole dicari di kedai buku berhampiran.

- Settle 2 langkah kat atas, dah boleh mula praktis. Guna kedua-dua buku yg aku ckp kt atas. Sambil tengok buku lagu, sambil tengok buku kord. Mula-mula, aku sarankan main kord biasa dulu macam kord-kord dalam kategori 'major' macam a,b,c,d,e,f,g dan kord2 dlm kategori minor mcm e minor, d minor.
Start dari sini saja dulu sebab langkah ni untuk biasakan jari korang strectching. Apa itu stretching? Pergi google maksud dia.

- Then strumming. Teknik ni agak susah sikit and susah untuk diterangkan kat sini. Aku selalu tengok newbie bermasalah bila strumming ni. Biasanya strumming ni berkaitan dengan rentak sesebuah lagu tu. Aku cadang carik tutorial kat youtube ok.

- Bila dah ok semua kat atas tu, start pulak praktise bar chord/full chord. Bar chord/full chord ni istilah aku. Aku tak tahu la orang lain pnggil apa. Kord dia sama jugak macam aku sebut kat atas tapi posisi tangan
agak berlainan and lagi susah sikit.

- Then praktise praktise praktise smpai lah mahir. Proses ni agak bosan sebab makan skit masa korang. Tapi kalau dah minat tu peduli apo kan.

- Bila dah mahir, korang boleh start pulak explore chord lain macam chord d7 gitu.

- Pastu, korang  kene jugak amik tahu pasal setiap note yang ada kat gitar. Benda ni berguna bila korang nak belaja pasal scalling, untuk carik solo lagu. Ada yang belaja scalling dengan ingat bentuk scalling saja.
Boleh tu memang bole tapi takkan bawak korang ke mana pun kalau cuma ingat bentuk. Percayalah cakap aku. Lagi elok kalau korang hafal semua note yang ada kat gitar. Jadi lagi senang korang nak belaja pasal scalling. Ada banyak lagi faedah kalau korang tahu setiap note yang ada kat gitar. Contohnya macam, senang nak cari/cipta solo gitar ( tapi make sure korang dah tahu teknik dia)

- Untuk pengetahun korang, chord memainkan peranan penting dalam lagu. Sebab dari apa aku nampak,  90%  structure lagu semuanya chord! Lead, plucking and apa-apa tah lagi cuma cover dalam 10% saje.
Tak percaya? Dengarkan betul-betul lagu-lagu feveret korang. Korang akan tahu betul atau tak apa yang aku kabarkan.

- Masa aku dulu, aku habiskan 2-4 jam praktise untuk mahirkan jari and ingatan aku dengan basic ni.
  Tanpa basic yang strong, susah untuk korang bergerak ke peringkat-peringkat yang seterusnya.

Hmm ni lah yang aku dapat sampaikan pasal basic nak bermain gitar ni. Praktise sampai lah mahir. Master dulu basic ok. Then boleh lah korang tackle pulak pasal skill/teknik macam arpeggios, legato. Ok dah pegi keluar beli apa-apa yang patut pastu pergi praktise!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...