Inner conflict, life

on 17 September 2010



























Lately ni, banyak sangat pertanyaan yang timbul dalam fikiran. Pasal kehidupan, diri aku, manusia di sekeliling aku. Tapi mostly pasal diri aku. Bagi aku, manusia ni memang something yang kompleks. Susah untuk di jangka, difahami.


Macam ada yang sempurna dari segi luaran. Ada yang kata penampilan mencerminkan dalaman tapi sebenarnya tak macam kita jangka pun.

Lagi-lagi yang berpakain kemas, stylo, cantik tapi bila kita tengok balik, wayang je semua tu.. Perangai macam hampas jugak aku tengok. (aku tak kata semua ya) Tapi yang nampak selekeh, sakai dari mata orang, itulah yang baik gila. Hmm..

Aku rasa lewat kebelakangan ni aku berada dalam situasi 'melawan diri sndiri'. Pernah tak korang dengar pepatah ni : 'Sebesar-besar musuh manusia ialah diri sndiri ' Ya aku mengaku pepatah itu memang betul. Kelalaian, cuai, acuh x acuh antara sifat negatif yang paling banyak bagi masalah kat kita. Aku percaya, sifat ni semua orang ada. Sebesar mana effort yang dimuntahkan untuk buang jauh-jauh sifat-sifat ni trletak pada individu itu sndiri.

Berdiri di atas kaki sendiri ni kadang-kadang buat aku terfikir, kalau lah kita diberi kuasa untuk melihat masa depan, kesan tindak tanduk kita, sah-sah hidup kita ni tiada problem. Qah..Best gila..Tapi kalau jadi macam tu, tak indahlah life ni kan.. Yelah, kalau semuanya kita dah tahu, apa yang best? Tapi kalau silap langkah pulak, menyesal tak berkesudahan. Lagi-lagi bila kita buat keputusan yang mempengaruhi masa depan kita.
Salah langkah, sesat. Mampus. Hmm memang rumit.

Ok lah, smpai sini saja entri ni. Apa yg pasti, aku akan cuba elakkan hal kat atas menganggu life aku. Aku nak enjoy life aku selagi aku masih wujud kat muka bumi ni. Kehidupan bagi aku, adalah sesuatu yang perlu kita nikmati biarpun pahit kelat skalipun.

Korang macam mana?






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...