I love you but i love your money too?

on 18 September 2010






















Entri ni kid tujukan mereka yang sama jantina dengan kid. Tapi kalau girl nak baca pun ok jugak. Perkataan ni memang dah sinonim bagi makhluk yang bernama manusia kt muka bumi ni. Yang kid nak sentuh kat sini cinta manusia, tapi bukan orang yang ada pertalian darah dengan korang. Maksud kid pakwa dan makwa ni.

Apa yang kena ada untuk kekalkan perasaan cinta tu? Apa yang kena ada supaya relationship yang kita bina tu dapat pergi ke peringkat yang baru? Maksud kid, kahwin. Korang yang bercinta tu pernah tak fikir pasal ni?

Well, apa yang kid cerita sini, bukanlah kid nak mengajar korang apa yang patut kena buat. Entri ni dari pengalaman kid and sekadar pandangan dari mata kid yang rabun ni. Diingatkan lagi, sekadar pandangan.
Ok kita dah setia, dah jujur, memang ikhlas cintakan pasangan kita. Bermacam-macam perangai yang kita takda pun, kita sumbat juga dalam diri korang, buat-buat ada untuk yang tersayang. Kita dah try untuk jadi sesempurna yang boleh untuk si dia. Memang kita rasa dah cun lah. 100% complete semua. Akan tetapi kita lupa 1 benda ni : DUIT.  Setuju ke tak?

'Kenapa kau kata duit tetap main peranan penting dalam hal ni?'
'Apa, takda duit tak boleh bahagia ke?'
'Duit bukan segala-galanya la'

Kid rasa ramai yang pandang hal ni remeh je. Bagi diaorang, yang penting ayat power. Berhenti bermimpi jack.. Ni bukan zaman atuk nenek kita.

Jadi korang rasa macam mana eh? Actually hal ni memang kena tepat kat muka kid.

Masa awal perhubungan memang cunlah. Rasa mcm dunia ni kid yang punya. Tapi sampai 1 tahap ni, kid mula terfkir and nampak yang duit ni, memang 1 elemen penting juga untuk kita kekalkan kebahagian relationship yang kita bina. Contohnya : kalau takda duit, macam mana nak ber-sms, bergayut kat hanphone? Bila nak dating pulak, dah sah-sah la kita akan makan/minum sekali bersama si dia. Mestilah punya sebab nak merasa suasana romantik macam straw penyedut ada 2 tapi gelas kat atas meja ada 1 je.

Duit ni penting supaya relationship kita bina tu dapat pegi ke peringkat seterusnya. Maksud kid, kahwin. Sekarang bukan zaman 60, 70, 80an, ucap-ucap 'i love u' je dah boleh menjamin kita dengan si dia bahagia sampailah kubur kata mari. Sekarang ni punya duit hantaran jangan main gila.. Berbelas-belas, berpuluh ribu punya. Bukan ratus-ratus/ribu-ribu lagi dah. Kenduri pula nanti, bahan-bahan nak masak takkan guna sardin, atau perencah nasik goreng adabi takpun masak maggi? Memang kena hempuk kuali la kepala kita. Haa pakaian masa bersanding nanti pulak macam mana? Em memang banyak.

Paling penting, persepsi parents pasangan pada kita. Macam mana nak pastikan relationship kita memang nampak kukuh, established depan mata diaorang. Apa lagi, duitlah jawapan dia. Kalau amik mudah hal ni, silap-silap melepas. Masa ni, siapa yang merana?






*picture credit : www.imotion.com.br
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

bOo bOo said...

kalau ada duit sume boleh buat..hehe


21 September, 2010
- Kid - said...

betul2..
tp bg aku kenyataan ni kejam
seolah-olah macam duit ni segala-galanya.
tp kenyataan is kenyataan.
telan je la =.=


21 September, 2010

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...