Yana samsudin bermadu dengan suami orang? Berdasarkan temubual di URTV, yana samsudin menceritakan pengalaman dipilih isteri orang untuk bermadu. Aku pun terkejut jugak bila dapat tahu pasal ni. Tak sangka artis yang jarang bercerita pasal relationship macam yana pernah dipilih isteri orang untuk hidup berkongsi suami.
Pada mulanya suami orang itu hanya kawan biasa yana tapi selepas beberapa waktu, isteri kepada suami tu agak berkenan dengan yana dan mahu dia berkahwin dengan suaminya. Macam-macam cara si isteri cuba menyatukan suaminya dengan yana. Antaranya dengan mengajak yana makan malam bersama yang akhirnya mereka ditinggalkan isteri tersebut. Kemungkinan si isteri buat macam tu supaya mudah si suami dapat bersembang dengan yana. Uh lain macam je si isteri ni. Sejak itu lagi giat si isteri cari jalan untuk satukan suaminya dengan yana.
Tapi rasanya rancangan isteri tersebut terbantut sebab keluarga yana menolak untuk satukan yana dengan suami kepada isteri tu. Yelah, siapalah nak tengok anak sendiri hidup bermadu. Tapi isteri tu mungkin ada sebab lain dia berbuat macam tu. Memang bersungguh betul nak satukan yana dengan suami dia.
Anyway lepas tu kisah ni pun senyap macam tu je. Rasanya kemungkinan hajat si isteri tu memang ditolak habis-habisan oleh yana dan keluarganya.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan