Hari raya.. Ok ke k.o?

on 16 September 2010

Aduh..

Gara-gara sibuk beraya, aku terlepas 7 hari kalau tak silap untuk update blog ni. Apa ketidaknya, 1st day  raya je rumah penuh dengan saudara-saudara. Jadi takkan la aku nak terperuk dalam bilik taip blog. Tu baru je dari anak nenek aku. Pastu tambah plak dengan saudara-saudara dari belah nenek aku plak. Lepas 1 family balik, 1 family datang.

Kadang-kadang sampai 3,4 family dalam 1 masa. Tapi bagi aku tu la yang buat raya ni meriah je rasa dia. Cuma agak kesian nenek aku yang dah berumur tu nak layan tetamu-tetamu yang datang, yang boleh kata non-stop datang rumah.

Hmm tapi masa ni jugaklah buat aku tensyen. Orang raya happy-happy, tapi aku tak.

Sebab masa raya ni pun topik harta dijadikan perbualan ( paling aku benci orang macam ni ) , mengumpat and ada yang buat kerek pulak.. Dah 1 tahun tak berjumpa, jadi aku pun hulur tangan nak bersalaman tapi dibalas dengan muka yang agak ketat. Apo kejadah ea jang??

Bila hal ni berlaku, aku rasa agak ralat ah. Dari aku rasa best hari raya ni, terus menurun dah feel dia.

Mungkin pada korang, hal ni normal tapi bagi aku tak. Aku juga agak tak mengerti kenapa soal harta dijadikan topik berbicara masa hari raya. Kalau dah harta banyak sangat, diam-diam sudah la kan? Rilek sudah. Hari raya hari untuk berkongsi kegembiraan dari segi humanity, bukan hari untuk berkongsi harta sapa yang paling banyak yang sekaligus mengajak kita untuk menjadi seorang yang materialistik! Aku memang betul-betul tak mengerti dengan situasi ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...