Hati-hati judi moden

on 11 Mei 2011

PUTRAJAYA: “Umat Islam perlu faham dengan teliti sebelum menyertai mana-mana peraduan kerana bimbang ia menyebabkan mereka terjebak dalam kancah judi moden,” kata Penolong Pengarah (Syariah), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Perkara utama yang perlu diberi penekanan seperti mengetahui bentuk dan operasi penganjur, adakah penyertaan mereka memerlukan pembayaran seperti yuran dan kos pengurusan. Terma dan syarat ditetapkan penganjur juga kadangkala membawa eksploitasi kepada masyarakat.

Apabila konsep pertandingan dikaitkan dengan hadiah, persoalan utama dalam mengkaji status hukumnya adalah berkait rapat dengan konsep perjudian.

Perjudian mempunyai dua asas utama iaitu hadiah diambil daripada pertaruhan yang dikeluarkan peserta manakala setiap peserta terbabit tidak terlepas daripada menanggung satu daripada dua kebarangkalian, sama ada untung atau rugi - Metro

Sila hati-hati sebelum join apa-apa peraduan atau pertandingan lepas ni ok.. Hm.. Kau rasa konsep contest blog macam mana eh? Termasuk dalam kategori ni jugak ke?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...