Muzik dulu-dulu

on 11 May 2011

Aku tergerak nak taip entri ni bila terkenang muzik yang bebudak sekolah menengah dulu layan. Masa tu macam taksub. Semua nak dengar. Campur pulak dengan muzik member rekomen, terus jadi hantu muzik. Yang kelakar macam-macam pengaruh timbul dari muzik depa ni. Keh keh..

So siapa muzik depa tu? Jom kita terjah!
















Aku tak minat muzik sampailah Avril si janda ngok ngek ni muncul. Aku paling suka album 1st dia. Album lain, ahh.. Mengapa bah kau berubah mengapa bah??

Dulu aku dengan sorang member fanatik gila dengan muzik janda ni dengan dia-dia sekali kitaorang fanatik. Asal jumpa je gambar minah ni kat mana-mana majalah, kitaorang curik majalah tu. Lepas tu hantar kedai mintak fotostat gambar janda ni besau2. Buat poster pintu. Member aku lagi mangkuk. Buat penanda buku. Hahak!

Tapi paling tak boleh blah perempuan masa tu. Kalau kau perasan lepas janda ni muncul, tak pasal-pasal je trend pakai tie pakai spike meletup! Pergh! Orang nak usha pun takut. Takut kena balun dengan deduri spike. Yang hampehnya pakai macam tu lepak tempat happening takpelah jugak ini just pergi kedai handset beli topup. Hadoi~




Perkenalkan bapak-bapak budak dari band Greenday. Dah berumur tapi muka jambu. Pakai Safia Rania Gold lah tu. Keh keh.

Pengaruh band ni masa aku sekolah dulu memang kuat jugak weh. Sampai member dengan aku-aku sekali pergi sekolah buat rambut pacak. Cikgu sound kitaorang balas - Ni style green day cikgu! Green day! Up to date lah sikit! Terus dapat penampau sorang 1.

Ada yang terlalu taksub sampai pakai celak, hujung seluar kasi kecik. Bila nak berak punyalah seksa nak tanggal seluar tu sebab ketat. Bongok sungguh.



Pergh ni legend! Sapa ingat lagi band ni?? Keh keh!! Aku rasa dalam banyak-banyak band yang ada masa kita sekolah dulu, band ni paling ramai dengar!

Lagu-lagu top diaorang macam Smell like teen spirit, Pennyroyal tea memang berhantu masa tu. Fesyen kurt cobain - muka tak mandi, rambut serabai, t-shirt lengan panjang, jeans lusuh yang macam 40 hari tak basuh, dengan kasut converse jadi ikutan bebudak masa tu. Semua nak jadi kurt cobain walhal nama ada bin. Kah kah! 

Masa tu jugaklah timbul pasal grunge. Siap ada knowledge kejadah semua. Konon nak jadi true grunge siap kena hafal knowledge tu yang tah ada berapa puluh point tah. Siap usung sana sini knowledge tu lepas tu berlagak kerek dengan memember. Klempes. Pikir-pikir balik sumpah bodo.



Hahah ni lagi 1! Legend! Lagu-lagu depa macam skinhead selamanya wajib ada dalam playlist budak-budak sekolah dulu. Dah dengar lagu depa tetiba pulak ramai nak jadi skinhead! Grunge campak ke laut. Macam taik perangai memasing. Keh keh! 

Dah mabuk dengar lagu depa, mula tiru dressed up pulak. Dressing skinhead ni kalau tak silap aku jacket jeans, kemeja lusuh, seluar skinny dengan boot doc mat. Member aku siap ambik batu pastu seret-seret kat seluar supaya dapat efek lusuh dengan koyak-koyak. Punyalah bingai. 

Lagi sorang member aku pulak sayang nak jahanamkan seluar skinny dia. Jadi dia pakai boot doc mat je. Pergi sekolah pun pakai boot doc mat. Bila kantoi dengan cikgu, alasan dia nak jimat duit kapur kasut. Adoi macam-macam! 

                                                                 +++++++++++++++++

Ni tak masuk lagi Linkin Park, Evanescene, Avenged sevenfold, Shizuka dan berpuluh-puluh lagi band dengan artis. Pergh nostalgic! Nak ikutkan banyak boleh disumbat ni.. Tapi tak terbaca pulak nanti. Hak hak. Ni pun kalau terlalu panjang sorry la yer =P
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...