Polis berang tembak kereta isteri bawak kekasih

on 11 Mei 2011

KOTA KINABALU: Akibat terlalu marah selepas melihat isterinya menaiki kereta dengan seorang lelaki, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan ke arah kereta berkenaan.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari Markas PGA di Kinarut selepas selesai bertugas syif malam. Ketika melalui jalan berkenaan, suspek dipercayai terserempak dengan isterinya yang memandu kereta Proton Waja bersama lelaki terbabit yang duduk di tempat duduk bahagian depan.

Suspek kemudian membuat pusingan ‘U’ dan mengejar kereta berkenaan sebelum dipercayai mengarahkan isterinya memberhentikan kereta.

Bagaimanapun, isteri suspek memecut menyebabkan suspek berang lalu mengejarnya sebelum dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan - Berita harian

Nasib baik selamat bini tu.. Kot ye pun bengang tak payahler sampai menembak. Kepada yang dah berpasangan, sila kawal cemburu kau.. Jangan pasal cemburu kau buat benda mengarut. Manalah tahu pasangan kau tu keluar dengan kawan je kan?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...