3 cadangan pelbagaikan entri

on 11 May 2011

Sambungan dari entri ni. Kap kung kap!

Imiginasi

Pernah tak kau berimiginasi kau berasmara dana dengan megan fox? Pernah tak kau berimiginasi balak kau muka macam jony deep? Apa-apa jelah imiginasi kau, dari situ je dah boleh buat 1 entri. Tapi kena kreatif. Masukkan elemen lawak ke hapa. Point2 pun kena relevan. Kalau tak entri tu jadi merepek.

Fakta

Ini yang macam entri 10 tempat tercantik kat kepulot, top 5 bulu hidung terpanjang, 5 sebab ketiak kau busuk, dsb.. Yang ada nombor kat permulaan tajuk entri. Tapi kalau statik je bosan gak. Kena pandai main ayat. Ada yang guna nama blogger atau benda lucah supaya entri macam ni meletup.

Kegagalan

Balik-balik cerita pasal kejayaan. 'Wah hari ni earning nuff aku dah bertambah 50 sen!'. Puiii! Cuba twist sikit.. Apa kata cerita kegagalan yang kau hadapi sebelum berjaya capai sesuatu. Pembaca baca mesti rasa macam ter-inspired dan depa rasa kau macam bagi semangat kat dia. Kan best gitu!

Sekali sekala lari dari apa yang kita biasa post memang best.. Pembaca suka, kita pun tak boring. Tak kisah mana 1 yang penting kreatif. Cubaleh!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...