Gitar dan panduan beli

on 07 September 2010






















Lepas je aku goreng gitar aku, tiba-tiba terlintas pulak dalam fikiran aku nak berkongsi dengan korang tentang salah 1 alatan or instrumen muzik yang popular di muka bumi ini iaitu gitar! Gambar kat atas ni gitar aku. Boleh kata ni girlfriend aku ke-2 ar selepas laptop aku. Hubungan aku dengan dia ni ada la dalam 3 tahun. Tak lama lagi dah nak bertunang pulak. Erk, tiba-tiba pulak mengarut.

Apa itu gitar?? Dalam pandangan aku, ianya sejenis alat yang mempunyai 6 tali ( 7,8 tali pun ada ) yang memerlukan kemahiran tertentu untuk mengeluarkan melodi di atas kehendak empunya gitar tersebut. Dengan benda alah ni lah wujudnya pelbagai genre muzik, ada yang guna untuk cari rezeki, ada yang guna untuk pikat hati girl, ada yang berjaya cipta sejarah and macam-macam lagi lah.

Gerek kan? Tapi yang pasti aku bermain gitar sebab minat.
Spesifikasi

- Gitar : Squire stratocaster ( aku ada lakukan sedikit modifikasi kat gitar ni ) Rm 13++
- Efek : Zoom G1x siap dengan wah wah pedal. Rm 4++
- Amp : Laney. Rm 4++

Ni lah spesikasi gitar aku. Memang sedikit lagi-lagi efek tu sebab aku tak perlukan berdozen efek. Lagi 1 sebab, band aku tak memerlukan banyak efek. Kadang-kadang direct amp terus je. Simple sedikit. Amp tu plak, aku hanya guna untuk practice or bila nak carik lagu baru. Tak sesuai la kot untuk jamming. Brapa watt je.

Panduan beli

Ada yang tanya aku, apa yang perlu kita tahu masa nak beli gitar and barang-barang yang seangkatan dengan gitar ni. Aku boleh bagi pandangan aku tapi perlu aku ingatkan, pandangan aku berdasarkan dari apa yang aku lalui ok. Jadi kalau rasa tak kena, sila abaikan. Bawah ni kriteria yang perlu di lihat bila nak beli benda ni. Harap-harap dapat membantu korang.

1. Bagi yang middle medium player (Maksud aku yang dah tahu basic bermain gitar), masa ni korang tentukan sndiri korang minat genre muzik apa. Pop ke, metal ke, punk rock ke. Tujuan dia  supaya korang tak tersalah. Fyi, sesetengah brand gitar dan efek sesuai untuk memainkan sesetengah genre sahaja. So amatlah penting korang tak salah beli benda ni. Untuk newbie, takda masalah dalam hal ni sebab fokus utama korang dulu belajar basic bermain gitar.

2. Sebelum beli, make sure korang survey dulu barang ni semua. Buat sedikit research pasal harga, latar belakang jenama, kualiti. Untuk newbie yang blur pasal ni, mintak advice dari kwn yang tahu pasal benda ni. Tak pun, korang pergi je kedai muzik, tanya tokeh kedai tu.

3. Bajet. Make sure bajet tu cukup. Jangan berangan nak beli gitar brand gibson, efek yang bombastic, pastu nak beli amp yang jenis stack puny tapi bajet ciput. Kalau dah pro takpa lah gak. Tak ke poyo kalau barang semua gempa, tapi main macam haprak.

4. Ok ni nak cerita pasal gitar. Make sure gitar tu clean bunyi dia. Sebelum beli, korang test dulu, tekan setiap fretboard sambil  petik tali, oh jangan lupa guna amp ok. Pastikan kat sini takda bunyi buzzing. Buzzing = bunyi tak clear, ada gangguan. Pastu korang try pula dengan efek. Dengar bunyi dia. Lagi sekali aku ingatkan, bawa sesiapa yang dah berpengalaman pasal benda ni ok.

5. Efek. Ok kalau korang tengok point no 1, aku ada cakap korang kena tentukan korang nak main genre apa. Jadi dari sinilah point aku cakap ni main peranan. Kalau korang minat metal, kebiasaanya, efek boss metal zone jadi pilihan. Tak ke kelakar kalau sound gitar yang keluar dari amp korang dah macam genre funk tapi korang kata metal.

6. Amp. Aku cadangkan beli brand yang bagus ok. Contohnya macam laney, ibanez, marshall. Harga dalam rm400 ke atas. Jangan ingat benda ni remeh, beli yang cap ayam je dah cukup. Kalau beli cap ayam punya brand, takut kualiti bunyi yang keluar tak bagus. Benda ni pernah jadi kat member aku yang tak sabar nak beli amp. Jadi dia beli amp murah. Sekali main kualiti bunyi hampeh.
   
Haa dah setel langkah-langkah kat atas tu semua, maka dengan kembang hidungnya, dipersikanlah untuk membuat pembayaran. Hehe. Brdsrkan pengalaman aku, ni lah yang aku tengok sebelum aku beli bende ni. Yang penting jangan rushing ok..Survey dulu apa-apa yang patut.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...