Gadis-gadis, gambar korang banyak dicuri kat sini

on 19 November 2010

Kid selalu ingat pesan cikgu, parents kita, orang dulu-dulu : ambil hak orang lain tu sama dengan mencuri. Bermakna berdosa, dosa besar. Tengah duduk sedap-sedap surf internet, sekali jumpalah 1 blog ni yang memang haram jadah, ambil pic gadis lain pastu pamer kat blog dia. Dahlah tak mintak izin satu hal, nak letak kredit pun susah?

Cuma kid tak tahu lah jantina owner blog ni. Ah jantina tu tak penting tapi dia dah buat jenayah kat sini!Tengok je blog ni, dah tahu dah tujuan dia. Nak gunakan keindahan ciptaan yang Esa bagi sebagai jalan mudah nak bagi blog dia famous cepat. Lagi-lagi guna domain yang senang  nak ingat : http://gadiscomel.com/. Kalau guna pic sendiri takpalah gak. Nak letak gambar bogel ke, atas katil ke, apa ke, lantaklah kalau guna pic sendiri kan? ( tapi kalau ada yang buat macam tu memang bebal gila ) Kalau owner blog ni si gadis jugak lah.

Sini kid andaikan kalau owner blog tu lelaki. Hm siapalah yang tak suka benda-benda cantik? Korang suka, kid pun suka. Lagi-lagi kid ni lelaki straight, confirm berkenan dengan gadis je. Tapi takdala kemaruk sampai nak simpan gambar-gambar si gadis-gadis. Haiya.. Selain nak blog famous cepat, kau nak buat modal 'bayar bil tertunggak' ke bro? Berdosa wei.. Dalam kes ni, pic-pic gadis yang cun-cun yang dedah sana sini yang berlambak kat myspace dan facebook jadi tempat klik 'save picture as' .

Kepada gadis-gadis yang cun-cun tu, korang nak tangkap pic korang dedah sana sini, berkemban dengan tuala ke, pakai bikini tepi pantai ke, apa ke tu hak korang. Kid tak berminat pun nak jadi moralist, bagi ceramah free kat korang. Cuma pesan kid hati-hatilah. Anytime je gambar korang akan dieksploitasi insan-insan yang tak bertamadun. Manalah tahu, tahu-tahu je gambar korang keluar paper esok dengan headline ' Gadis melayu melampau ' takpun ' Gadis melayu hampir tidak berpakaian '. Tak ke malu?



Nota : Rasanya tak perlu letak screenshot. Korang terjah sendiri blog tu. Manalah tahu, gambar korang/awek korang ada?
Ranking: 5

{ 39 ulasan... read them below or add one }

wannurfazrini berkata...

gelabah jea owner gadiscomel tu . nyampah! nsb baik gmbr i tade HAHAHAHA


17 November, 2010
wannurfazrini berkata...

gambar i tade ! i x comel . HAHAHA


17 November, 2010
wannurfazrini berkata...

huishhh minta jauh gmbr masuk mana2 paper atau majalah !


17 November, 2010
Tanpa Nama berkata...

pernah suruh diorg remove kan gmb tp xde respon.sbb ni bkn 'memuji' gadis comel, tp mcm dicampur aduk dgn gadis terlampau.unless mmg seme gmb gadis sopan 2 len cite la kan.tuan blog tu ada agenda lain kot nk kasi up trafik dia?


18 November, 2010
sollehahn berkata...

fuiyoo...tak berkelip mata tgok gambar2 tuh...haha

tp rasanya ade gak awek2 yg lagi suka bila org tayang gambar dia...


18 November, 2010
Akidazami berkata...

lagi 1 yang kid tak faham dengan widget facebook like tu..bila check facebook dia, kid pun confius.. kat facebook dia tu suruh orang ban blog tu.. tp widget tu dari blog tu jugak. ish pelik..


18 November, 2010
secantikmanis berkata...

menakutkan la...ishhh susah betul


18 November, 2010
Asri Alam berkata...

hah tu pasal. gmbr dlm fesbuk pun boleh dicuri utk dikomersialkan di laman web canggih camtu. kena lah hati-hati


18 November, 2010
farahwahida berkata...

yeay!Gambar saya takde sbb sy tak comel..heheh..takdelah gurau jer kid..heheh


18 November, 2010
afee ali berkata...

erk? byr bil tertunggak???? blurr~


18 November, 2010
Tanpa Nama berkata...

peringatan yang baik untuk renungan bersama


18 November, 2010
Tanpa Nama berkata...

oleh itu berhati hatilah~ huk3

sengal xde kije. huh


18 November, 2010
Kik0 ♥ QiLaH berkata...

fuhfuhfuh.
naseb baek ai x comey :P


18 November, 2010
p[A]n[A]d[O]L berkata...

mmg nie keja org2 yg pala otak da senget 170 darjah..


18 November, 2010
una berkata...

ish2. apelah nak jadi kan...


19 November, 2010
FF berkata...

mmg xpatut..report je kt skmm


19 November, 2010
tiefazatie berkata...

serius..ifa dh tgk..ada gak pic2 mber2 ifa kne amik..sume dr fb tau..tp xabes tgk..stkt nie ifa xde ah..ahha..selamat..lala


20 November, 2010
MumMe berkata...

sakit betul owner blog tu...


20 November, 2010
Kak Mahh berkata...

Masalah juga....mintalah izin tuan punya blog dengan meninggalkan komen di blognya,dan lebih jujur lagi paparan gambar bersama pemiliknya...itu lebih menarik dan JUJUR...ini sikap yang patut kita amalkan.


20 November, 2010
Miera Hassan berkata...

wow...bahaya jugak camni...huhu


20 November, 2010
Ayeem Jemain berkata...

aku baru sampai page 90. haha


20 November, 2010
ZAIDAHTUL AKMAL berkata...

Isyh....betul la...baru pas bukak blog dia...ade gak org mcm 2 ek....


20 November, 2010
Sofiayantie berkata...

uishhhh.. bahaya tol


20 November, 2010
Wan berkata...

Ada jugak orang yang nak tambah dosa free, di tayang plak gambar2 orang sesetengah tu boleh diangap aurat


21 November, 2010
orange lover berkata...

ish...bahaya betol...thanks for sharing Kid


21 November, 2010
YEASLMN berkata...

Sapee laa owner blog tuhh . Terok btol -,-'


21 November, 2010
Noor Fatin berkata...

peh.. kena buat report polis ni. huhu


21 November, 2010
Hairun Azmi berkata...

Bahaya nie.....


21 November, 2010
Admin berkata...

Salam...
Beginilah bila manfaat disalah guna. Saya ada titipkan amalan blogger yang sepatutnya dan bagaimana blog jadi haram serta pendapatannya.

http://hasrulhassan.blogspot.com

jika sudi leh singgah


21 November, 2010
Fitri berkata...

Bahaya tul kalau jadi comel ni.. huhu


21 November, 2010
Mohamad Termizi berkata...

Tulah sape2 yang blaja IT in major kat U dl.. ade subject ethic..

Aku rase mostly lah IT guys or girls yang btl2 paham threat yang ade dlm Internet ni mmg takkan upload gambar dorang dalam net.

Kalo ade pun cukup gambar simple, cukup utk bt profile picture..

Aku pun tak letak gambar aku dalam Internet.. even dalam blog sndr.. salah satu aku takde facebook pun sbb mende2 ni lah


22 November, 2010
tiqaa berkata...

lol. bahayanyee! ingatkan pic2 tuh sume dpt permission dr owner rupenye pic curi. tak sangka plak ade gambar kurang sopan. bahaya2 :|


23 November, 2010
H.A berkata...

seb baik gmbar i yg sopan takde..haha :) i tak comell le..tapi siriussss bahaya bangat prg gile yg curi gmbar ni...so gurls beware le..jgn suke dok tayang je ..huhu


26 November, 2010
Pyka Rahmat berkata...

owner dia tak comel kot lalu jelous dengan orang comel. sengaja buat onar. haha


26 November, 2010
ezzah berkata...

kid, nak mtk share ea :)
terima kasih :)


08 Disember, 2010
Cik SCC berkata...

kepade cik kuntum..
bayar bil tertunggak tak tau ke??

em,,buat gambar2 tu sbg perangsang nafsu syahwat mereka lah..

eh,betul tak kid??huhu


06 Februari, 2011
Ifti Larina berkata...

ishh seram gak owg psiko gitu


16 Februari, 2011
IntanBerlian berkata...

psiko betul. nasib baik gambar2 aku tak comel.


02 April, 2011
miejigsaw berkata...

copy paste dari facebook mungkin


30 April, 2011

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...