Ni hah pencungkil gigi!! Kau buta ke?!!

on 18 November 2010

Bertemukan situasi macam ni masa kerja tadi, buat kid terfikir, ' mana perginya rasional berfikir kau ni? ' . Hanya pasal sebatang pencungkil gigi boleh mengamuk tak tentu pasal. Kesianlah kid tengok pekerja baru tu.. Sekolah lagi dia ni, baru habis pmr. Puncanya sebab tak dengar customer mintak bawakan pencungkil gigi.

Dahlah kena marah dengan customer yang takda otak ni, lepas tu dihina lagi.. Kita kalau nak marah pun biarlah bersebab. Tapi atas sebab yang memang logik, yang membolehkan kita mengherdik tanpa belas kasihan ataupun sekadar mengingatkan. Panas baran tak tentu hala, takda faedahnya weh.. Ustaz kid cakap, perangai macam ni perangai syaitan. Jadi yang si pemarah yang kid tengok tu syaitan kot? Maybe.

Kalau ditegur karang, memang taknak terima punya. 1 lagi mentaliti hampeh orang-orang sekarang ni. Maaf kalau reader terasa. Kalau nak cerita kesan dia pula, orang jadi benci dengan kita. Benda kecil, tapi dibesar-besarkan. Manalah orang tak menyampah? Takda orang nak dekat dengan orang yang perangai hampas macam ni. Boleh fikir sendiri lah kan?




Nota : Kalau kid yang kena tadi, memang kid akan ambil tindakan. Hantuk kepala dia kat dinding 40 kali, hempuk dengan kerusi sampai kerusi tu patah. Amik kau! Geram tambah penat punya pasal..
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

AesyaZealous said...

pergh. dasatnye kid.40 kali hantuk kt dinding.wee~


22 November, 2010

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...