10 jam sebagai waiter part 1

on 16 November 2010

Arghh dalam 2, 3 hari ni, ramai gila customer.. Rasa nak tercabut lutut ni.. Orang kata kerja waiter ni simple : ambil order, hantar order. Sebenarnya tak! Kid rasa kerja waiter ni kerja berat kalau seseorang tu takda stamina yang cukup dan takda kekentalan mental yang bagus.. Tak percaya cuba try tengok. Kalau tak, kenapa ar dalam sebulan, 3 orang pekerja berhenti? Kid jugak yang masih bertahan. Hebatnya aku.Hahahah..

Korang bayangkan, berdiri hampir 10 jam, berjalan ke depan ke belakang sampai 70 kali dalam 10 jam tu..Dapat duduk berehat pun dalam 4,5 minit je. Baru je nak duduk rehat, customer baru pulak masuk kedai.. Kadang-kadang sampai 5-6 orang sekali masuk.. Tu belum kira family lagi tu. Tak boleh blah ui..Rokok pun tak habis hisap, last-last angin yang hisap.

Dapat rehat dalam 20 minit pun bila makan je.. Masa ni paling kid suka. Orang kata, sambil korek hidung, sambil tengok televisyen. Jadi kid makan lambat-lambat. Lagi molek 1 minit, 1 butir nasik disuap ke mulut. Huhuh.


p/s : Harap-harap aku masih mampu bertahan. Kerja dalam keadaan tensyen memang hampeh..
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

wannurfazrini said...

tahu takpe , i pun ada pgalaman . mcm nak tercabut jea kaki !


16 November, 2010

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...