Televisyen : Impak sejauh mana?

on 15 November 2010

Pengaruh televisyen dan impaknya memang meluas. Majoriti manusia mustahil tak pernah tengok televisyen ni. Dah penat-penat bekerja, layan Sin chan memang bertambah-tambahla penat sebab gelak besar.. Walaupun kid sebenarnya tak berminat sangat pun dengan program-program kat televisyen sekarang ni, tapi atleast dalam 1 hari tu adalah jugak 1,2 kali jenguk 'kotak' tu.

Cuma sejauh mana pengaruh televisyen ni dan impaknya pada audience? Rata-rata program televisyen memang ditapis ikut kesusaian umur. Tapi berkesan 100% ke penapisan tu? Bagi kid tak. Contoh paling mudah, sesetengah cerita dilabel 'U' tapi tunjukkan jugak perempuan berpakaian seksi.. Tunjukkan jugak scene bertumbuk tendang sana sini. Kalau budak-budak bawah umur tengok macam mana?

Pengaruh rancangan realiti kat televisyen pun sama, sekarang ni seolah-olah dah jadi francais. Mana-mana siaran pun mesti ada punya program realiti sendiri.. Kebaikkan kat sini, kiita terhibur bila menonton. Keburukkan, bila dah terhibur kita undi. Agak-agak duit tu pergi kat siapa ya? Nanti mulalah mengeluh kredit sekejap je dah kering.

Sekarang ni kat televisyen, banyak betul drama-drama bersiri.. Rata-ratanya berjaya pulak tu. Maksud kid, berjaya buat kita tak sabar nak tahu apa akan jadi pada episod seterusnya. Best memang best, tapi kalau dah kerja rumah terbengkalai : rumah tak berkemas, tak masak, tidur lewat, macam mana tu?

Kebaikkan pada televisyen ni, pada kid cuma ada 1 je. Best ditonton untuk memenuhkan masa lapang. Kalau lebih-lebih, bosanlah.





Nota :  Ada ke program televisyen berbentuk ilmiah yang relevan untuk penduduk malaysia sekarang ni?
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

shaffique said...

dah jarang tengok tv. layan internet je. ;)


My latest entry : The Dipr - Sudu Khas Untuk Biskut Oreo


16 November, 2010
Cik Su said...

mak cik su selalu layan drma..akibat nya ade 9 orang satu pun tak tertengok


16 November, 2010
AesyaZealous said...

suke tgk cerita pn nak tau ending nye je. skrg ni cerita meleret2..alih2 mimpi..hua3. bikin wa panas saja


17 November, 2010

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...