Respon aku tentang ibu ditetak kapak oleh anak

on 11 November 2010

Salah satu entri kat paper kosmo semalam memang mengejutkan kid. 'Ibu ditetak kapak oleh anak'. Kid rasa sedih, bengang bila baca entri ni. Sanggup dia tetak ibu sendiri yang melahirkan, mendidik, membesarkan dia. Kejam! Mana perginya daya berfikir si pelaku jenayah ni?? Masya-allah.. Kid sedih dan amat geram sebab si pelaku jenayah ni tak menghargai ibu sendiri. Bila kita buat salah dan tak dapat minta maaf pada ibu kita, tahu tak korang apa yang tinggal bila ibu kita dah takda?

Yang tinggal ialah dosa dan penyesalan yang tak berkesudahan! Itu lah dia.

Dah 11 tahun ibu kid pergi. Sepanjang arwah ibu kid hidup, kid banyak buat salah, menyakitkan hati ibu. Ibu meninggal dunia dalam tidur. 4 hari sebelum ibu pergi, ibu banyak berpesan pada kid jadi orang yang berguna 1 hari nanti, dengar cakap nenek, jaga adik-adik.. Apa yang buat kid kesal selama 11 tahun ni ialah kid tak sempat pun nak mintak maaf segala kesalahan yang kid buat pada dia.. Perasaan kesal tu tak pernah pun padam walau sedikit pun.. Kalaulah masa boleh diputar balik..

Jasa dan pengorbanan insan yang bergelar ibu sangat-sangatlah besar nilainya. Takkan dapat kita bayar dengan duit. Takda something pun dalam dunia ni yang mampu beli balik nilai pengorbanan seorang ibu tu. Hargailah, sayangilah ibu korang. Janganlah sesekali lukakan hati ibu.. Jangan sesekali ikutkan hati, silap langkah, mati. Berfikirlah sebelum buat keputusan. Ingatlah, syurga di bawah tapak kaki ibu.




p/s : Harap-harap si pelaku jenayah tu bertaubatlah.. Sesungguhnya allah Maha pengampun, Maha mengasihani.
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

K.I.N.A said...

insyaAllah ibu kid da ampun semua..ibu2 sygkn ank2nye..


11 November, 2010
ASaDa RyutaRo said...

dahsyat betul.. mmg dah tak ingat apa2 sebab dikuasai nafsu. hope dak tu insaf ngan sedar akan kesalahan dia.

keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. selalu ingat yang ni..


11 November, 2010
GaDis CoMeL said...

sayangi kedua ibu bapa kita


12 November, 2010
MiSs TOrA said...

ibu adalah segala2nya tanpa ibu sapa le kta..kid x sempat nk mintak maaf dgn mak tora lak dgn ayah..ayah tora pn pegi sblm tora smpt nk mtak maaf drnya..so korang3 hargailah ibu dan ayah slgi drg ada d dunia ni ye


13 November, 2010

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...