Jangan kecewakan daku part 3

on 08 November 2010
















Berdasarkan dari perbualan kid dengan awek customer service celcom, kenapa speed celcom broadband lembap gila akhirnya terjawap. Macam kid punya, 3gb per month. Jadi lembap sebab dah habis 3gb tu. Tapi dah bayar pun kenapa masih lembap?

Sebab pakcik makcik celcom lambat renew balik 3gb tu. Diaorang ada masa tertentu untuk renew setiap GB pengguna guna. Kid rasa pengguna celcom broadband ni rugi ah. Sebab katakanlah kita bayar 1 hari bulan, tapi diaorang renew balik gb yang kita guna lepas seminggu or dua minggu lepas kita bayar. Kalau nak renew on the spot boleh, tapi kena lagi tambah rm15 untuk 1gb. Kid punya 3gb per month, RM 68 sebulan. Kalau kid nak renew on the spot, total semua Rm 113.00. Boleh macam tu?

Kid tak pun diberitahu langsung pasal ni masa beli celcom broadband ni. Bijak eh pakcik celcom? Bab-bab renew tu pulak, alasan yang mengarut bagi kid. Duit nak, tapi diaorang bagi customer servis ayam..Bukanlah kid nak pentingkan diri tapi kita dah bayar, renew lah terus. Servis apa macam ni..

Oh celcom...Tah hapa-hapa la kau ni..



Nasib baiklah tak guna pelan kat atas ni.. Kalau kid guna pelan ni, silap-silap nak view google yang ringan tu pun amik 5 minit! Jangan marah ha.. Customer is always right.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...