SEO berjaya buat aku pening

on 05 November 2010





















Dalam beberapa hari ni, kid cuba belajar sendiri pasal SEO. Rasanya, sesapa ada blog mustahil tak pernah baca pasal 'SEO'. Bagi yang tak tahu, SEO ni singkatan bagi 'Search engine optimization'. Bermakna kalau entri korang kena tepat dengan keyword yang user masukkan kat search engine, post korang tu akan keluar lah kat search engine result pages. Trafik yang melimpah akan kita dapat kalau entri kita keluar kat serps ni. Lagi-lagi kalau disenaraikan kat page 1. Pergh sedap!

Semua tahu 1 cara mudah untuk tarik trafik, ialah blogwalking. Siapa tak setuju angkat tangan! Takda yang angkat tangan? Hah.. Tapi korang pernah tak fikir macam ni : 'Esok aku bz, macam mana nak blogwalking?' Kita tak tahu apa akan jadi esok.

Cuma mula-mula kid ingatkan semudah A, b, c je SEO ni tapi sebenarnya tak. Dia bukan setakat pada entri tapi keseluruhan blog kita! Lagi 1 kid baru je tahu yang rupa-rupanya blogger ni tak SEO friendly. Bermakna kalau kita nak blog kita SEO friendly, kita kene setting blog kita cara manual. Tak pun mengikut apa yang kid baca baru-baru ni, tukar je template blog ke wordpress theme. Cuma kid tak sure lah betul ke tak yang wordpress theme ( yang dah diconvert untuk blogger ) SEO friendly. Boleh tak sesapa yang dah guna wordpress theme ni explain hal ni?

Antara yang kid dapat tahu sekarang ni, kena reka tittle yang unik dan tepat, penggunaan meta tag, baiki bentuk url, breadcrumb lists, sitemap, entri yang bagus.. Ni baru beberapa perkara je. Sebenarnya ada berlambak lagi ah. Mak oi..

Tutorial pasal 'SEO' memang melambak kalau kita google. Bila dah banyak macam tu, kita pun tak sure nak tengok yang mana. Bila baca pulak blog ni, kita baca cara dia macam ni. Bila masuk blog lain, lain pulak yang kita baca. Semua berebut-rebut nak tunjuk teknik 'SEO' yang bagus. Last-last kita yang pening mana 1 nak ikut. Pengguna-pengguna wordpress kid tengok memang banyak cerita pasal SEO ni. Memang gerek sebab banyak ilmu diaorang kongsikan tapi diaorang ni lupa 2 perkara : Mana 1 yang basic? Mana 1 yang perlu dibuat dulu? Jadi yang newbie pasal SEO ni confirm blur. Ni pandangan kid la.

Jadi mana-mana yang tahu pasal SEO ni, boleh tak kongsi-kongsi kat sini? 



Picture : liberty2009.blogspot.com
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

wannurfazrini berkata...

adoi kid , kita dlm berblogging ni jgn taksub sgt dgn SEO ni . ishk tulis jelah pape kata hati bukan apa yang bakal org taip dkt google . huuuuu


05 November, 2010

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...