Kau takda idea/hilang idea sebab...

on 23 Januari 2011

Shit! Takda idea! Hilang idea! - Pernah fikir apa sebab dia?

Sebab nak menulis sesuatu yang tak pernah dialami. Takda pengalaman ah senang cerita. Jadi macam mana idea tu nak datang? Contohnya nak tulis pasal SEO from A-Z tapi tak pernah pun apply teknik SEO tu. Last-last fikiran stuck, buntu. Akhirnya copy paste! Apa susah..

Sebab kita suka amalkan sikap tangguh-tangguh. "Hah idea dah mari!! Eh tapi lagi 1 jam aku ada date ah. Ah balik nanti aku updatelah" Lepas dah puas enjoy, cuci mata terus lupa idea tu.

Sebab kita ada penyakit 'M'. 'M' untuk apa kawan-kawannnn... Pandaii.... Hehe. Sebabkan 'M' tu kita malas nak perah otak, brainstorming. Apa kau ingat idea turun dari langit datang sembah kau?? Mimpi la lu!

Sebab suka berangan. Banyak berangan macam "Pergh kalaulah aku ada ramai follower..." "Pergh kalaulah aku ada banyak idea macam abang Be.." dan pergh sana..Pergh sini.. Banyak berangan dari berfikir. Huhu.

Keadaan ni sama macam perumpamaan 'melepaskan batuk di tangga'.. Oh tak tak.. Perumpamaan tu dah biasa dengar. Apa kata.. 'bagai nak melastik cicak kat dinding tapi kau terlupa ambil getah tak pun kau lastik tersasar dari sasaran pulak. Salah lastik' Heh...

Jalan penyelesaian? Sila fikir-fikirkan.. Rasanya lepas baca sebab-sebab kat atas tu, dah boleh nampak apa patut dibuat.

                                                    _____________________________

1 je masalah yang memang bukan salah kita kalau idea takda/hilang idea ni.. Masalah yang memang setiap bloggers alami.. Bila kita puas duk fikir bagai nak gila, bila kita puas cuba macam-macam cara untuk dapatkan idea tapi idea tu tak datang-datang jugak.. Rileks sudah.. Atleast kita mencuba dari duduk diam tak buat apa-apa.. Kan?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...