Lawak pendek : Cemika dan Nitol part 2

on 23 January 2011

Cemika menganggur lepas dah besara dari dunia F1. Sekarang dia jadi polis. 1 hari tu masa dia tengah tengah lepak kat mamak, dia ternampak 1 kereta ni over speed. So sebagai polis Cemika bertindak.

Kejar punya kejar, tak dapat-dapat tahan kereta tu. Lepas 10 minit sesi kejar mengejar, akhirnya dapat jugak dia tahan kereta tu.


Cemika : Hishh dapat jugak tahan kereta ni..

Pemandu : Arghh mampus aku..Mampus mampus.. Mesti kena saman punya ni...

Cemika pun bagi saman kat pemandu tu. Sebelum dia blah :

Pemandu : Encik, tolonglah bagi peluang kat saya.. Saya janji saya tak overspeed lagi.. Tolonglah..

Cemika : Aku bagi saman kat kau bukan sebab kau overspeed lah.

Pemandu : Er.. Habis tu sebab apa?

Cemika : Sebab aku bengang kau lagi laju dari aku tadi.

Cemika gagal membezakan antara dunia F1 dengan pekerjaan dia sekarang...


                                                      _________________________

Nitol, pemain tennis terkenal bertanding lagi hari ni. Seperti sebelum ni, servis yang dia buat tak dibalas lawan. Dia mula rasa pelik. Bila nampak lawan dia buat muka 10 sen, dia bertambah-tambahlah pelik.

Nitol : Kenapa kau tak balas-balas jugak servis aku? Dari hari tu lagi..

Lawan : Sebab kau guna bola ping pong!! Kau nak bunuh aku ke?!! Bangang!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...