Buat blog suka-suka...

on 11 February 2011

"Aku suka-suka je buat blog ni.. " tapi tak lama lepas tu "Apsal hah takda trafik masuk?" Sebenarnyalah, bagi aku takda apa yang silap pun.. Hala tuju, sebab, kenapa, mengapa dan segala 1001 macam soalan pasal blog, jawapan terletak pada blogger tu sendiri.. Tapi kalau berblogging sebab suka-suka, kenapa nak mengeluh trafik tak masuk, takda yang drop komen, pageview tak naik, earning tak naik?

Kalau dah suka-suka, itulah yang kita dapat. Jadi amat-amatlah tak relevan kalau keluhan tu timbul. Cuba twist sedikit niat tu. Dari sekadar 'suka-suka' tukar ke 'Dalam suka-suka aku serius!'. Ha..

Bila niat tu dah tetap, secara automatiknya kita akan bermati-matian cari jalan macam mana nak buat trafik masuk, macam mana nak buat pembaca drop komen, macam mana nak bagi pageview naik.. Tang macam mana nak bagi earning naik tu, bukan dari klik-klik eh... Babap kang..

Bila serius, baru seronok tu datang..Serius beb. Bukan seronok yang kosong tapi bermakna! Macam mana nak dapat seronok yang aku maksudkan? Takda cara lain selain serius dalam blogging, baru kita boleh dapat!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...