Apa yang perlu dibuat kalau kering idea?

on 08 Februari 2011

Kadang-kadang bila sampai 1 tahap ni, idea berblog takde. Kering. Buntu. Bukan malas ke apa, tapi otak dah penat sebenarnya. Salah 1 sebabnya, bila asyik bercerita benda yang sama dalam blog.. 

Contohnya update kisah personal. Cerita yang sama - hari ni pergi makan, balik rumah tengok tb dan sebagainya.. (Sekadar contoh). At the end mesti kita rasa blog kita tak berkembang sebab asyik cerita benda yang sama. Kita rasa kita cuma berpusing-pusing dalam 1 lingkaran je. Silap-silap kita sendiri jadi boring dengan blog sendiri.

Bila kering idea, maka blog pun tak berupdate. Bila tak update, maka dengan perlahan-lahan blog ditumbuhi lalang.

So cara untuk atasi masalah ni : Guna idea backup bila dah kering idea.  

Mungkin korang akan kata :

"Kenapa eh kena ada idea backup?" 

Setiap blog mesti ada 1 perkara yang utama untuk dijadikan entri. Contohnya cerita pasal life sendiri. Tapi sampai 1 tahap memang kita tak tahu dah nak cerita apa.

Jadi masa nilah idea backup membantu. Contohnya apa yang korang selalu update ialah pasal life korang. Bila korang dah takda modal nak bercerita pasal life korang, korang buat pulak entri pasal tips ke, tutorial ke.. Lebih kurang macam tu la.

Kalau cerita pasal life kita je.., contohnya lah.. Adakah hari-hari kita ditemukan dengan perkara-perkara yang menarik? Kalau kita ni artis/ tokoh negerawan/ seorang yang famous ke, ok tu takda masalah punya. Sebab memang hari-hari kita akan bertembung dengan pelbagai perkara yang jarang-jarang gaya hidup yang normal dapat. Betul tak?

Nak cari idea backup ni tak susah mana pum. Serius. Korang just perlu cari/guna je apa yang korang suka atau something yang boleh buatkan korang respon. Contohnya korang suka masak, so jadikan kemahiran korang tu sebagai idea backup. Korang suka penulisan-penulisan yang lawak, jadikan sebagai idea backup. Suka baca isu semasa? Boleh jugak jadikan idea backup.

Banyak benda yang boleh dibuat sebagai idea backup kalau kita fikir betul-betul.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...