Cemburu eh?

on 28 March 2011



























Kita sebagai manusia ni memang takleh lari dari cemburu ni. Aku pun sama. Cemburu ni rasa tak puas hati pasal sesuatu. Sebab kita cemburu bila ada yang lebih bernasib baik/rezeki lagi murah dari kita. Contohnya aku jeles dengan mamat pakai kereta BMW, aku pulak cuma ada honda EX5 je.

Tapi cemburu ni, ada kebaikkan dia. Aku confirm yang Esa kat atas tu takkan bagi kita perasaan cemburu ni tanpa sebab. Kalau kita fikir betul-betul, memang betul pun. Dengan adanya rasa cemburu ni, kita akan lebih berusaha dalam setiap apa yang kita buat sampailah kita capai objektif yang kita nak. Bukan sekadar duduk tengok dari tepi lepas tu mengeluh "apsal la nasib aku macam ni?"

Keburukkan dia, cemburu ni boleh jadi trigger untuk berdendam dan berhasad dengki. Contohnya, aku cakap dari segi blog. Blogger A jeles dengan blogger B sebab trafik dia mencanak. Sebab bagi blogger A takde isi pun dalam entri-entri blogger B ni. Tapi trafik tetap mencanak - Ni 1 contoh. Sebenarnya kat sini salah manusia tu sendiri. Takde yang buruk sebenarnya cemburu ni. Manusia tu sendiri yang salah tafsir.

Orang yang salah letakkan cemburu ni, memang hati dia takkan tenang. Pasal setiap hari apa yang ada dalam hati dia cuma dendam, dengki. Setiap hari fikir macam mana nak jatuhkan prestasi/imej seseorang tu. Kalau dalam blog, kita tengok je la bahagian komen tu. Mesti ada blogger yang memaki/fitnah/kutuk. Alasan dia pun merepek. Ok part ni tak payah cerita panjang-panjang.

Cadangan aku, letakkan cemburu tu kat tempat yang betul. Maknanya jadikan cemburu tu sebagai penyuntik semangat untuk berjaya, untuk dapat apa yang diinginkan. Rezeki takkan jatuh dari langit senang-senang macam tu je weh.. Lagi 1, elakkan salah tempatkan cemburu macam aku cakap tadi tu. Memang tak berbaloi buat gitu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...