Kesedaran sivik makin kurang

on 28 March 2011

Hari ni terbangun lewat pulak.. Tengok jam kat handphone dah 7.30. Cepat-cepat aku bangun mandi, siap-siap, sarapan ala kadar je. Tengah terkejar-kejar tu, sempat update 1 entri tadi. Hm kita kena hati-hati.. Gempa bumi mungkin akan jadi jugak kat Malaysia ni.

Keluar dari rumah, dari jauh aku nampak bas kul 8.20 dah gerak. Ah siol.. Kena tunggu bas kul 8.40. Dalam 15 minit menunggu, bas pun sampai.

Antara bas aircond dengan bas pakai angin semulajadi (pakai tingkap), aku lagi suka bas yang pakai angin semula jadi. Tak terlalu sejuk. Just nice. Tapi bas macam ni ada problem dia. Aku naik je bas tu, terkejut gila aku. Bukan pasal ada ramai awek ke hape, tapi bersepah sampah.. Air kotak, plastik keropok, puntung rokok.. Sampai kat tempat duduk pun ada sampah! Mak ai.. Ni bas atau tempat buang sampah?

Muka-muka penumpang pun aku tengok tak selesa naik bas tu. Kalau diaorang ada pilihan memang aku rasa diaorang takkan naik bas tu. Hm pemandu bas dengan penumpang, mana perginya kesedaran sivik anda? Tong sampah ada je dalam bas tu. Kenapa tak buang sampah dalam tu? Pemandu bas pun macam tak kisah je bas kotor?

Bagi aku pasal sampah ni benda kecik je. Bukan susah pun nak jaga. Kalau benda kecik macam ni takleh jaga, janganlah harap nak jaga benda besar pulak..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...