Entri klise?

on 23 March 2011

Kau singgah blog situ, kau jumpa entri yang sama. Kau singgah blog sana, kau jumpa entri yang sama jugak. Klise! Tak bosan ke?? - antara pendapat yang aku baca. Hm ye ke klise?


Sebelum tu cuba fikir macam ni : Dah banyak blog-blog yang well known keluarkan entri pasal apa yang patut takda (contohnya lagu autoplay, font kejap kecik kejap besar,widget melambak) dalam blog. Tapi berapa ramai yang disable lagu autoplay? Berapa ramai yang betulkan balik saiz font dan guna saiz font yang sekata? Berapa ramai yang adjust balik widget-widget yang bersepah dalam blog masing-masing?

Maknanya penyampaian mesej dari entri blog yang dah well known tu masih tak meluas lagi. Tambah lagi sekarang ni hampir tiap-tiap hari ada je blog baru.. Diaorang tak tahu apa-apa. Jadi takkan nak biarkan diaorang cari 'jalan keluar' sendiri kan?

Bagi aku, klise atau tak sebelum buat kesimpulan, patut kita baca dan kaji dulu. Kalau totally klise, point-point dalam entri tu cuma berulang-ulang, takde pengolahan. Matlamat hanya untuk trafik semata-mata. Bukan untuk perkongsian. Ni pendapat aku ar. Korang macam mana?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...