Kalau orang lain..

on 23 March 2011

Tadi masa lunch macam biasa, aku mencekik nasik campur beserta ayam besar penumbuk. Tengah sedap mencekik tu, datang 2 pompuan. Anak dengan emak.

Aku tengok mak dia memang uzur.. Tak mampu nak berjalan lagi. Sampai kena pakai wheel chair. Waiter datang ambik order diaorang. Si anak ni tanya mak dia nak makan apa. Memang uzur mak dia.. Sampai dah hilang keupayaan dengar. Aku tengok anak dia tanya dekat 7 kali. Tapi lembut je nada dia. Hm masuk kali ke-7 tanya, barulah mak dia dengar..


Kalau orang lain, memang dah menengking dah. Pasal hilang sabar..

Selang 15 minit, apa diaorang order siap. Tapi si anak bukan makan dulu, layan mak dia dulu.. Suapkan mak dia, bagi mak dia minum. Lama jugak si anak melayan.. Aku tengok makanan si anak tu dari berasap sampai dah takde asap. Sejuk dah. Tapi si anak tak kisah. Settle layan mak dia, anak dia senyum kat mak dia. Lepas tu baru si anak makan.

Kalau orang lain, memang dah melantak dulu dah. Biar je orang tua kita yang uzur tu layan diri sendiri, walhal kita tahu diaorang dah tak mampu.

Aku terfikir, berapa ramai dari kita macam si anak tu? Kalau tanya sayang ke tak pada orang tua kita, mesti cakap sayang. Tapi kalau betullah sayang, apa yang kita buat sebagai bukti kita memang sayang diaorang?

 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...