Kenangan jadi student

on 24 Mac 2011

Result SPM keluar hari ni. Tahniah pada yang yang dapat result cantek. Pada yang tak tu, jangan giveup atau buntu nak buat apa lepas ni. Korang still boleh further study kat ipts atau institut kemahiran.. Yang penting Bm dengan beberapa subjek kredit ar..

Sebut pasal study, teringat pulak masa jadi student dulu. Result SPM aku tak berapa cantek. Jalan yang tinggal sambung study kat ipts atau mana-mana institut kemahiran. Masa tu drama 'Dunia Baru' tengah ligat main kat tibi. Aku bukan tertarik dengan lakonan elyana tapi life student dalam drama tu. Heaven! Tak terikat dengan formaliti. Sebab tu, dalam hati : Ipts! ipts! study kat ipts! Maka kolej jadi pilihan.


                                                           ++++++++++++++++++

Hostel
Settle daftar bagai semua, staff kolej bawak aku pi hostel. Dalam 1 minit on the way ke sana naik kereta, kitaorang berhenti depan bangunan kedai yang sangat buruk dan horor. Aku rasa pelik dah. Aku tanya kenapa berhenti. Staff kolej tu berkata - inilah hostel! Cilake. Mati-mati aku ingat hostel kolej ni macam dalam 'Dunia Baru' tu. Kalau tak sama pun, dapat dalam fifty-fifty sama jadilah. Brengset sungguh.

Dalam tu, pergh! Tahu-tahu jela bila tinggal ramai-ramai ni. Tak semua matang tang fikiran. Lantai berpasir, daun terup bersepah, bekas glup 7-eleven jadi bekas ashtray, plastik maggi berterabur sampai bawah katil. Kalau nak cerita perangai sekor-sekor, memang panjang berjela aku rasa entri ni.

Bila masuk sem 6 barulah aku dapat merasa duk kat apartment. Tu pun lepas kontrak sewa bangunan kedai tu tamat plus aduan student hostel yang tak selesa tinggal situ. Dekat 100 kali mengadu ada rasanya.

Kolej : Keadaan pc
Masa ni student yang takde laptop memang sakit.. Dapat assignment, nak jimat duit punya pasal, takde jalan lain kecuali guna pc kat lab. Aku rasa kalau kena kat student takde iman dalam hati, confirm terbarai pc-pc tu kena lenjan dengan kerusi.

Pasal loading software lembap. Sempatlah la kalau nak mundar mandir kejap. Kawan aku, Lan sempat berak kejap sementara nak tunggu loading tu settle. Pc pulak menternak virus. Nak print keje kena print kat cc. Cucuk je pendrive, kapersky cc tu keluarkan bunyi babi. Aku tak ingat kapersky tu version apa tapi yang pasti versi lama punya.

                                                    


















Kolej : Memonteng kelas
Ni kalau dah malas macam ni la ni. Itu jam nak ponteng tarak hal. Masa tu admin tak pandang sangat isu ni. Aktiviti memonteng ni mula dari sorang. Lepas tu dia racun pulak student lain. Yang taknak join, mintak diaorang sain-kan attandence.

Aktiviti masa ponteng- main snuker/pool 2-3 frame, karau 10 lagu, last sekali lepak mapley. Bila tanya kenapa ponteng, jawapan yang keluar : kelas bosan, assignment tak siap, tak prepared nak jawap kuiz. Jawapan paling advanced aku dengar, lecturer tak 'bergetah'.

Kolej : Exam 
Masa ni student yang tak study memang menggelabah. Sapa suruh tak study? Tapi diaorang tak mengalah. Diaorang ikhtiar cara lain. Maka wujudlah istilah 'toyol' dan diturunkan dari generasi baru ke generasi baru. Sampai sekarang istilah 'toyol' ni wujud lagi kat kolej aku.

'Toyol' ni macam meniru. Amik 1 kertas, koyak jadi segi empat kecik lepas tu tulis jawapan untuk soklan yang mungkin keluar nanti. Ada yang sorok dalam poket seluar tapi percent untuk kantoi tinggi. Jadi diaorang sorok dalam kasut. Dalam bilik exam, bila lecturer keluar je sekor-sekor keluarkan 'toyol'. Masa ni akan ada sorang yang cover line. Nampak je lecturer on the way nak masuk bilik exam balik, kelam kabut diaorang sorokkan 'toyol' tu balik. Kalau lecturer lama sangat duk dalam bilik exam, sekor-sekor keluar pi toilet. Nak hafalkan 'toyol' tu.

                                                            ++++++++++++++++++

 Ni antara pengalaman aku bergelar student. Fikir-fikir balik rasa nak tergelak pun ada. Hm korang yang study tu, pengalaman korang macam mana?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...