Motivasi pendek - Lepaskan apa yang bersarang dalam hati!

on 24 Mac 2011

Rasanya mesti ada antara kita yang bila, bangun je dari tido rasa tak bersemangat, takde motivasi nak teruskan aktiviti seharian macam kerja. Rasa 'berat' je badan tu. Dalam hati, tensyen. Fikiran berserabut. Benda ni bermula dari sifat negatif dalam diri sebenarnya.

Nak settlekan masalah ni, lepaskan apa yang bersarang dalam hati tu - ni apa yang aku buat setiap pagi lepas bangun tido. Lupakan kesilapan yang lepas (bukan bermakna lari dari masalah) Lupakan dendam, rasa tak puas hati dan segala sifat negatif. Let it go!! Belajar maafkan diri dan orang lain.

Tak perlu hidup dalam rasa tak puas hati, dendam, cemburu, sakit hati dengan orang lain tu semua. Kalau tak, sifat negatif ni makin naik kepala. Kita jadi tak bersemangat langsung. Fikiran sentiasa negatif. Hati tak tenang. Ok?? Orait nak sambung buat kerja..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...