Jangan biarkan si 'bertanduk' gelak terbahak-bahak

on 29 March 2011

Marah lepas tu bertekak. Punca dia biasanya 2 pihak yang masing-masing tak puas hati sebab masing-masing saling melakukan kesilapan antara 1 sama lain. Kalau aku, aku memang nak elak dari bertekak ni. Kalau iye pun marah sangat, tak perlula sampai nak bertekak. Pasal kita ada akal fikiran yang boleh kita guna untuk selesaikan konflik tu.  

Ada konflik skit, nak bertekak. Ada konflik skit, nak bertekak. Dapat apa dari bertekak ni? Katakanlah kita bertekak dengan kawan, dicampur pulak perkataan kasar,kesat antara 2 pihak, dalam hati masing-masing perasaan apa pulak yang timbul? Marah kan? Jadi boleh selesai ke konflik?


Ikutkan perasaan, binasa semuanya. Kita fikir bertekak tu, boleh buat mereka yang kita tak puas hati tu tunduk mengaku salah pada kita, maka kita salah tafsir! Macam aku cakap kat atas, bertekak akan mengundang rasa marah antara 2 pihak sekaligus memanjangkan lagi sesi bertekak tu. Jadi konflik takkan dapat kita selesaikan. 

Kawal marah, dan fikir. Common sense sikit. Cari alternatif lain untuk selesaikan konflik. Banyak cara lain apa. Contohnya tegur guna sunnah para rasul atau pengikut dia. Tak pun kalau susah sangat, jadilah seorang pendiam dan pemaaf bila konflik berlaku. Insyaallah jiwa kita pun rasa tenang dari duk bertekak tak tentu hala tu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...