Soalan bodoh..

on 29 March 2011


Sodahead.com


























Dalam life kita ni, kadang-kadang kita tak dapat lari buat benda bodoh - Soalan bodoh pun termasuk dalam ni. 

Tadi lepas lunch, aku balik opis. Sampai je opis, macam biasa on laptop dulu, check fb dengan blog seminit dua. Tak lama lepas tu akak 1 opis ni keluar dari tempat kerja dia. Aku tengok apsal lain macam je.. Hah sah! Memang dia nak datang ke arah aku. Cepat-cepat aku hide tab fb dengan blog.

Aku ingat dia nak usha aku buat apa ke. Rupanya dia usha buku kat rak belakang aku ni, sambil tangan menyelak-nyelak pilih.. Yang bodonya, boleh pulak aku tanya :

"Kak nak ambil buku ke?"

Ler.. Apalah punya soalanla aku tanya ni.. "Papp!" Tepuk dahi sendiri.

Kalau dah dia duk pilih-pilih buku kat rak tu, sah-sahla sebab dia nak ambik salah 1 buku kat rak tu.. Bongok!

Bila jadi macam ni, teringat pulak cerita 3 tahun lepas masa aku kat perantauan. Member bukak microsoft word, aku boleh tanya pulak buat apa. Macam tu jugak masa member ajak lepakan kat mampley. Boleh pulak aku tanya buat apa? Member pun kerut dahi dengar aku cakap  gitu. Bangang sungguh...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...