Kalau aku update orang nak baca ke? Ah tak payahla update..

on 19 March 2011

Bagi yang baru berblog, mesti persoalan ni timbul lepas update demi update yang dibuat. Lepas je update, timbul dalam persoalan dalam fikiran, "Ush macam mana agaknya entri aku tu?Ada tak yang masuk baca?Ish risaulah!" Atau mungkin lagi teruk, ragu-ragu then terus tak update! Rileks.. Tenang sudeh..

Blog ni, actually bagi aku tak perlu-perlu pening kepala sangat lah. No need to pening-pening, tensyen-tensyen. Apa-apa yang terlintas kat fikiran, jadikan entri. Bagi yang baru bermula, apa yang kita cerita kat entri tu, sama ada orang baca atau tak jangan fikir dulu. Yang penting bila dapat  je idea, jangan peram! Sebenarnya setiap update yang kita buat, ada kebaikkan dia yang aku rasa memang kita jarang perasan.
Setiap update tu sebenarnya ialah latihan untuk kita. Contohnya macam melukislah.. Nak dapat lukisan yang cantik, paling busuk pun biar sedap mata yang memandang.. Takkan dapat dicapai melainkan praktis praktis dan praktis. Macam tu jugak dengan blog.. Dari update ke update, kita akan nampak apa kelemahan kita.. So dari situ, kita dapat buat apa-apa tindakan yang patut.


Kalau kita asyik tensyen-tensyen, lama-lama kita akan rasa blog ni perkara yang menyusahkan. Kalau kita dah rasa macam tu, baik jangan berblogging. Aku pernah berada dalam situasi ni dan serius tak boleh blah. Jadi have fun jalan terbaik.


Jangan takut, jangan tensyen-tensyen. Ok?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...