Tutup blog? Ler..

on 19 March 2011

Tadi jalan-jalan kt fb, aku jumpa 1 pos macam tajuk entri ni. Biasanya kemungkinan nak tutup blog pasal takda orang masuk, takda komen. Macam-macam kita bercakap sorang-sorang.. Rasa macam tak diperlukan je. Lagi 1 mungkin pasal earning tak naik2? Aku rasa mesti ramai rasa macam tu.

Main blog, taip blog, atau apa-apa jelah asalkan ada blog kat hujung ayat, benda ni kena ada minat. Tu pasal blogger-blogger ngetop cakap kalau nak berkecimpung dalam ini arena, kena ada minat. Pendapat aku, apa-apa jelah kerja kita nak berkecimpung kena ada minat. Bakat kalau ada, 1 bonus tapi kalau minat takda, tak guna jugak.

Tang minat ni, apa sebenarnya yang kita nak sampaikan dalam blog kita? Apa yang kita nak kongsikan dengan pembaca? Apa yang kita nak taip sebenarnya dalam blog? Tang sini kena jujur. Tak boleh ikut orang lain. Kalau just ikut je, memang tak kemana. Macam blog 1st aku. Sebabkan aku cuma mengikut je, niat pun tak betul (aku letak $$$ top priority) lama-lama aku rasa macam takda point untuk aku teruskan blog tu. Last-last tutup. Huh.. 

Kalau betul nak berblog, terapkan minat. Jadikan minat tu top priority dan have fun. Blogging ni patutnya menyeronokkan, bukan menyusahkan. Cari jalan nak improve.. Then sabar. Sabar sabar sabar. Takda benda yang kita buat terus jadi. Ok?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...