Member yang sebetul-betulnya member

on 27 March 2011

Dari pagi sampaila tengah hari ni, cuaca memang cun tapi suasana agak bosan. Tak tahu kenapa. Sebatang demi sebatang rokok aku tenyeh ke mulut ashtray.. Gara-gara memikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat ni hari. Masuk rokok ke-5 aku lenjan, tetiba aku teringat balik nostalgia bersama memember lama. Memember masa study dulu.

























Masa memula aku masuk study dulu, bila tengok muka sekor-sekor terfikir macam mana dengan perangai diaorang ni. Kadang-kadang dari raut muka kita boleh tahu macam mana perangai diaorang. Ada muka stim macam baru lepas layan gam, ada yang serius, ada yang anoying, ada yang macam nerd. Macam-macam lagi. Orang dedulu ada cakap, 'Tak kenal maka tak cinta'.  Memang betul pepatah tu.

Aku ingat lagi masa poket aku dah sengkek. Pasal duit habis kat assignment. Nak makan takde duit ni.  Member pulak dah ajak keluar makan. Aku cuma mampu berkata tak lapar walhal perut dah berbunyik-bunyik. Dari pagi tak makan.. Tak lama lepas tu timbul suara. 

"Ni mesti takde duit ni.. Takpe aku belanja. Mohle!"  

Bukan sorang tapi ramai-ramai cakap gitu. Terkedu aku sekejap masa tu. Tang mana diaorang dapat tahu duit aku dah habis tak tahula. Tapi orang cakap, kalau betul member tu member, dia boleh rasa kalau kita dalam kesusahan. Walaupun duit diaorang pun sengkek, tapi diaorang tetap senyum dan beriya-iya nak belanja.

Bila aku ada problem dengan certain software, diaorang sanggup berhenti buat assignment, berhenti buat final projek, berhenti hafal nota semata-mata nak ajar member dia ni. Disebabkan aku ni kadang-kadang lambat pickup, kadang-kadang sejam dua masa diaorang habis gitu je pasal ni. Tapi diaorang cool je.

Hm ada banyak lagi kenangan dengan diaorang masa study dulu. Tapi cukupla aku cerita dua tu je. Nak cerita habis-habis tak terbaca entri ni nanti. Tapi diaorang ni ajar aku 2 perkara. 1st jangan nilai sikap orang dari raut muka. Kedua, member yang sebetul-betulnya member takkan biarkan member dalam kesusahan. 

P/s : Kalau korang dikeliling kawan-kawan macam ni, bersyukurla. Diaorang ni cuma ada seratus dalam seribu. Hargailah diaorang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...