Ada idea nak update tapi tak tahu macam mana nak cerita idea tu

on 27 Mac 2011

Kata Ifti Larina. Korang pun mesti pernah kena macam tu kan? Idea ada, tapi tak tahu macam mana nak ceritakan idea tu.. Hm aku takdela pro tapi aku kongsikanla apa yang aku tahu.. Kalau kita fikir betul-betul, banyak sebab dia.

Percaya tak aku cakap, keadaan sekitar kita pun main peranan? Tapi subjektif rasanya pasal persekitaran ni.. Yang pastinya, sebab yang jelas kita susah nak bercerita ialah idea tu sendiri. Bagi aku la. Pasal :

1. Idea tu mungkin terlalu luas skop dia
2. Maklumat/info tak cukup
3. Kita cuba nak menaip pasal sesuatu yang kita tak tahu
4. Idea yang kita dapat tu rumit!!
5. Mood kita masa tu sebenarnya tak berapa ok

Bila aku cari idea, aku memang cuba elak dari terbabas masuk kat 5 perkara yang aku listkan tu. Aku cuba pastikan dulu idea tu senang untuk aku proses. Kalau susah, aku takkan habiskan masa fikir macam mana nak interprate kan idea tu. Bagi yang selalu kena macam ni, aku cadang korang just dapatkan idea yang senang.. Senang, simple. Lepas tu guna kreativiti korang untuk jadikan idea yang simple tu lebih menarik. Kalau korang dapat idea yang susah untuk korang cerita/olah, jangan habiskan masa lama-lama untuk idea tu. Agak-agak susah je, simpan dulu idea tu.
Ok ni pendapat aku ar. Korang ada cadangan/pendapat lain?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...