Susahnya nak dapat idea yang unik/bernas..

on 27 March 2011

Masa awal berblog dulu, aku ada terfikir idea sentiasa perlu bernas/unik. Aku cuba dapatkan idea bernas/unik tu, untuk setiap update. Kalau tak jangan update! Tapi last-last tensyen, kecewa. Moral down terus. Bila fikir balik, aku perasan 1 kesilapan kat sini. Expectation pada diri sendiri terlalu tinggi!

Idea yang unik/bernas.. Macam mana definisi idea yang unik/bernas tu? Isi yang menarik? Idea yang tak pernah kita fikirkan? Hm.. Cuba tengok diri kita dengan orang lain. Rambut sama hitam, tapi style rambut lain-lain. Cara kehidupan kita pun tak sama. Ada yang makan guna tangan, mungkin ada yang pakai sudu dengan garfu. Ada yang suka lepak mapley, ada yang suka lepak kat restoran high class.

Ada yang suka warna hitam, ada yang suka warna putih. Ada yang tak suka politik, ada yang suka politik. Pendek kata, setiap individu berbeza. Dari segi pengalaman, cara pemikiran..

Macam tu jugak dengan blog.. Pendapat aku, sebenarnya setiap idea yang datang dari kita unik/bernas! Kita je tak perasan. Sebab dia macam aku cakap kat atas, setiap individu berbeza. Apa yang kita kena buat, cuma nak kasi idea tu menarik untuk dibaca. Tu je yang problem sebenarnya!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...