Renungkan sekejap

on 27 March 2011

Settle post entri tadi, aku blah untuk mandi. 1 hari tak mandi. Hehe.. Settle mandi, tengok blog kejap.. Then masa untuk mencekik. Elok sangat ar.. Perut pun berbunyik-bunyik je dari petang tadi. Burpp!

Hari ni mentedarah ayam masak lemak. Yang aku perasan, orang kampung punya stail masak dengan orang bandar lain ah. Rasa, pastu value dia tu.. Memang lain gila. Aku lagi prefer masakan kampung. Masakan orang bandar macam ada kurang something. Ada yang kata air tangan main peranan.. Tah ye ke tidak tah.


Masa makan tadi, aku teringat berita kat kosmo. Pasal titik gempa dah dekat dengan malaysia. Walaupun aku mentedarah sampai licin pinggan tu, tapi selera makan terus jatuh bila teringat berita kat kosmo tu. Risau gila kalau malaysia ni berlaku gempa bumi. Dapat ke kita nak bersenang lenang update blog atau nak buat apa-apa aktiviti lain kalau gempa bumi tu berlaku? Kita sendiri pun dah tengok apa jadi kat jepun tu.. Dari gempa terus jadi tsunami. Kesan dari bala tu memang tak tercapai dek akal. Hish..

Mintak dijauhkanla kita dari bencana alam tu.. Aku harap kita sama-samalah doa banyak-banyak.. Yang mana selalu sangat buat dosa tu, cukup-cukupla.. Ni dah ada warning dah ni. Takkan tak insaf jugak?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...